Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
6950
View
86
Reply

[Tempatan] TMJ label Syed Saddiq ‘drama queen’

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-7-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
TMJ label Syed Saddiq ‘drama queen’

https://www.utusan.com.my/terkin ... saddiq-drama-queen/

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
23 Julai 2021, 10:40 am


TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut komen Tunku Ismail itu, baginda bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titah Tunku Ismail dalam Instagram miliknya malam tadi.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.
Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti, ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq berdepan tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimana pun beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
TMJ pula drama kwing.

Btw, what happened to your hair? Dah nak botak ka? Rambut gugur diabetis ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mmmm...sadiq...kan rentua dedulu dh pesan...'kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai'.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk kutuk, nt berangkut pulak ke dlm...
Blh kutuk sadiq je la...
Hai sadiq
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 11:59 AM | Show all posts
Skuau replied at 23-7-2021 11:26 AM
mmmm...sadiq...kan rentua dedulu dh pesan...'kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pa ...

tapi betul ke dia pecah amanah.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by timohnotecah at 23-7-2021 01:14 PM

Halah halah....bitter sangat dengan SS dah kenape?...aku rakyat... kalu aku suka SS...aku nak donate. Ikut suka akulah. SS tak sekaya putera kayangan.....dia tak dak kuasa nak kerjasama dengan company singapore untuk gali emas dan galian...tak macam some people...kosserr.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Buritan at 23-7-2021 12:14 PM
dua_chzy replied at 23-7-2021 10:52 AM
TMJ pula drama kwing.

Btw, what happened to your hair? Dah nak botak ka? Rambut gugur diabetis ka ...


Depa ni dua dua kayangan daaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
then elok la bertembung dgn ko drama king
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Saddiq Sigaraga mmg drama queen sangat.

Dia lah satu2nya muntri acara lompat pagar.

Pondan tisu mudah koyak bila disentuh bahu.

Salah sorang Muntri Tanglong time PH...

Dia juga pelakon terbaik jalan dengkot2
kononnya sakit kaki...

Mmg dia ni penipu bersiri ikut pangai atok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-7-2021 12:11 PM
Depa ni dua dua kayangan daaa..

Aku yakin anak raja ni diabetik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:22 PM | Show all posts
rakyat pun susah lagi nak minta crowdfunding.. minta lah kat kroni2 pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:18 PM
Aku yakin anak raja ni diabetik.

Mgkin.. nmpk lain mcm jah.. kurus pun mcm tak sihat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:18 PM
Aku yakin anak raja ni diabetik.

Diabetik rambutnya gugur ka?

Mmg dia botak ka? Cepatnya penuaan.. umo tak sampai 40 lagi, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 02:04 PM | Show all posts
I dont have to like TMJ to agree to his statement...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-7-2021 10:52 AM
TMJ pula drama kwing.

Btw, what happened to your hair? Dah nak botak ka? Rambut gugur diabetis ka ...

Omputeh kata “it’s the pot calling the kettle black”.

Mulut heols cam pondan.

Rambut tu dah tak kisah kot, ala prince william. Teringat kisah uneks dulu citer atok heols dulu digelar “abu baker”
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 23-7-2021 02:37 PM
Omputeh kata “it’s the pot calling the kettle black”.

Mulut heols cam pondan.

Ada lagi ke kisah uneks tu?
Untold story katanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 23-7-2021 06:14 PM
Ada lagi ke kisah uneks tu?
Untold story katanya

Lama iols tak jenguk benang misteri/sejarah. Last time dah xde kesan jejak si uneks. Yg tinggal hanyalah kisah2 yg best yg dahpun didelete. Paling xleh lupa kisah redah ladang kelapa sawit dkejar hantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 06:54 PM | Show all posts
ally9970 replied at 23-7-2021 02:04 PM
I dont have to like TMJ to agree to his statement...

yes...kan? tengok mesej dia kan ade betulnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2021 01:38 PM
Diabetik rambutnya gugur ka?

Mmg dia botak ka? Cepatnya penuaan.. umo tak sampai 40 lagi, kan?


Iya sis. Hada efek. Tambahan pabila melihat pada kulit yang kelihatan kusam walau heols berkulit cerah tu buat ai yaqin dengan teori ai. TMJ ni muda sangat lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham aku apa yg dia ni sakit hati sgt dgn sadiq sigaraga ni... Dari dulu lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list