Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
17760
View
230
Reply

[Tempatan] Nasib orang kita, setelah viral bekas pengaman PBB yang merempat 7 beranak bawah jambatan pindah ke Flat Seri Johor

[Copy link]

Author: Makcik.Kiah       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-6-2021 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Makcik.Kiah at 19-6-2021 06:53 PM

Bekas Pengaman PBB Kini Merempat 7 Beranak Bawah Jambatan
By Aqira Azemi - 18 June 2021


Rumah usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung menjadi tempat berteduh tujuh beranak tinggal bersesak di bawah jambatan Loke Yew dekat sini sejak November 2019.

Kehidupan Suria Mohamad, 59 bersama isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya amat daif sejak berpindah dan tinggal di bawah jambatan itu kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna.
















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-6-2021 06:47 PM | Show all posts
Keluarga pesara tentera tinggal di bawah jambatan dipindahkan ke Flat Seri Johor
19 Jun 2021



KELUARGA pesara tentera yang tular kerana tinggal di bawah Jambatan Loke Yew akan dipindahkan ke rumah transit di Flat Seri Johor.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memberikan kediaman yang baik dan bantuan yang sepatutnya terhadap anak-anak keluarga tersebut.

Kita sedang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta agensi-agensi kerajaan yang lain untuk memberikan kediaman yang baharu dan bantuan.

Selama dua tahun keluarga ini tinggal di bawah jambatan ini dan ini bukannya di kawasan pendalaman, sebaliknya di kawasan ibu negara, katanya.

Terdahulu, Rina hadir melawat tempat tinggal bekas tentera, Suria Mohamad Hassan, 59 yang tinggal di bawah jambatan tersebut bersama isterinya, Azariyah Abd Aziz, 43 dan lima orang anaknya.

Menurut Rina, beliau juga telah mengarahkan JM untuk menyalurkan bantuan dan sokongan psikologi kepada keluarga tersebut.

Keluarga ini juga mempunyai kanak-kanak yang masih bersekolah dan ini merupakan satu keutamaan untuk dibantu.

Kita juga tidak mahu Suria dan isterinya berputus asa dengan nasib yang dihadapi dan mengharapkan masa depan yang cerah buat anak-anak ini, katanya.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memantau nasib pesara tentera bersama enam ahli keluarganya yang terpaksa tinggal di bawah jambatan Loke Yew sehingga mereka mendapat kediaman.

Mereka juga memaklumkan yang keluarga itu telah pun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan pada minggu lalu. -SM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-6-2021 06:49 PM | Show all posts
Keluarga Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jambatan sedang dipindahkan ke dewan orang ramai di Flat Sri Johor 4C di Cheras





Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak cik ini berhenti awal k xdpt pencen
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
There are more to this story kaKiah. Dig deeper. Kita akan taw mengapa meka sekeluarga jadi begini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LaRRa. at 19-6-2021 10:54 AM

Sendiri gagal manage finance then dont blame gov and people around for that
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-6-2021 07:06 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-6-2021 06:50 PM
There are more to this story kaKiah. Dig deeper. Kita akan taw mengapa meka sekeluarga jadi begini.

Pesara tentera tinggal bawah jambatan dipindah ke rumah transit, pernah berkhidmat bersama PBB
Oleh UtusanTV -June 19, 2021



NASIB pesara tentera yang tinggal bersama keluarga di bawah Jambatan Loke Yew, Kuala Lumpur sejak setahun lalu akhirnya mendapat pembelaan apabila mereka dipindahkan ke rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.

Suria Mohamad Hassan, 59, yang pernah menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga ke Bosnia bersama isteri dan lima anak mereka dipindahkan ke flat tersebut serta-merta sebagai langkah sementara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya akan berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mendapatkan rumah yang selesa dan menyediakan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Kalau kita tengok rumah keluarga ini, kita tidak sangka kerana kita berada di bandar raya Kuala Lumpur, mereka bukan tinggal di pedalaman apabila masak pakai dapur kayu dan tiada elektrik untuk guna periuk nasi, katanya ketika melakukan lawatan terhadap keluarga tersebut hari ini .

Menurut Malaysia Gazzette, Suria yang bekerja sebagai penjual buah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pernah tinggal di Flat Sri Sabah bersama keluarga mertua namun bilangan penghuni di situ terlalu ramai dan terpaksa berpindah.

Bekas anggota tentera tersebut mendapat pencen tentera sebanyak RM900 sebulan tetapi tidak mampu untuk menyewa kediaman kerana perlu membayar pinjaman ah long sebanyak RM600 sebulan yang dibuat modal berniaga buah-buahan.

Rina berkata, kementeriannya akan berusaha membantu keluarga tersebut dengan sumbangan diberikan agar pasangan suami ini tidak berputus asa dalam hidup.

Kita faham pengalaman mereka sejak setahun lebih ini amat memeritkan namun berharap masih ada masa depan lebih cerah untuk mereka sekeluarga apabila bantuan kaunseling juga akan disediakan, katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Rina berkata, anak-anak pasangan tersebut juga akan dibantu bagi membolehkan mereka mendapat pembelajaran sepatutnya dan menjadi manusia yang berjaya di kemudian hari.

Katanya, keluarga itu tidak memiliki rekod permohonan di JKM dan sebelum ini mendapat bantuan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

Suria dan Azariyah berkahwin pada tahun 2012, yang mana ia adalah perkahwinan kedua buat mereka dan dikurniakan empat anak iaitu Saidatina Nurain, 9, Shahwal Wafi, 7, Aishah, 5, dan Mawar, 3.

Seorang lagi anak yang tinggal bersama adalah hasil perkahwinan pertama Azariyah.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok molek bini pong..cukup makan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terigt ms sekolah dulu
Bila tiba hari pahlawan je cikgu bg borang mntk derma

I wonder what were they doing with all the money yg chip in

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:25 PM | Show all posts
Duh mirisnya, udah kayaq di Indonesia ada yang tinggal di bawah kolong jembatan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo..pinjam along, pencen rm900 tu kire byk tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:32 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-6-2021 10:50 AM
There are more to this story kaKiah. Dig deeper. Kita akan taw mengapa meka sekeluarga jadi begini.

mana geng geng palestine yang sanggup jual bas , keris , barang peribadi tu nak tolong palestine ?
diorang tak nak tolong pakcik ni ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:35 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 19-6-2021 11:18 AM
Terigt ms sekolah dulu
Bila tiba hari pahlawan je cikgu bg borang mntk derma

i dengar dengar cerita pengaman PBB yang terpilih ikut operasi ni
bayaran pun bukan kaleng kaleng lepas habis operasi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Belibis at 19-6-2021 07:40 PM
vespa_oren replied at 19-6-2021 06:49 PM
Pak cik ini berhenti awal k xdpt pencen


Kalau dapat pun..dah lama abis.bukan pencen sebagai PM..
Ooo..dapat 900..bayar along 600..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik.Kiah replied at 19-6-2021 07:06 PM
Pesara tentera tinggal bawah jambatan dipindah ke rumah transit, pernah berkhidmat bersama PBB
Ol ...

iols agak ginilah juga. Dihimpit hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinjam ahlong meniaga buah buahan. Mungkin perancangan kewangan tersilap langkah. I ada kenalan yang bertungkus lumus mencari rezeki selepas suaminya pencen askar. Bukan seorang  yang I kenal isteri askar yang cari side income ni, ada beberapa. Mungkin ATM boleh bantu tentera tentera khususnya anggota untuk membantu merancang kewangan. Kalau pegawai tu ya lah faham juga gaji besar, ni kalau anggota, gaji ciput, anak anak (biasanya) ramai, memang banyak pakai duit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haruslah at 19-6-2021 08:13 PM

Kena cari cerita knp jadi gini
Korang akan jumpa sbb apa
Kebajikan tentera pun dah bagi staltement
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-6-2021 06:50 PM
There are more to this story kaKiah. Dig deeper. Kita akan taw mengapa meka sekeluarga jadi begini.

Yes...i suka baca komen kalau ade kes2 mcm ni
Akan keluar juga sebab nya
Termasuk kes ni
Mlm2 td ramai dah maki yb, zakat...sambil seru ebit
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 19-6-2021 08:27 PM
makadek replied at 19-6-2021 07:10 PM
Gemok molek bini pong..cukup makan ni


Aiol pun tak jadik husnuzon bila tengok saiz bini. Sorry folks. Then tengok anak2 kecik2 walaupun abang ni dah berumur. Ai agak mesti ada bini laen. Rupanya betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-6-2021 08:14 PM
Aiol pun tak jadik husnuzon bila tengok saiz bini. Sorry folks.

Kahkahkah ...org susah sgt camne leh gemok kan cer pk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list