Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1739
View
14
Reply

'Saya dah cuba nak satukan Search' - Noordin

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-5-2021 09:04 AM | Show all posts |Read mode
'Saya dah cuba nak satukan Search' - Noordin


Din Search di majlis sidang media Konsert Unplugged Search 40 Years di Glam Hall Mercu Mustapha Kamal. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: Pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib tidak menafikan ada pihak kurang senang dengan usahanya untuk meneruskan perjuangan muzik kumpulan rock legenda itu.

Nordin berkata, itu adalah perkara biasa yang terpaksa dilaluinya apabila mengambil keputusan itu.

"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya sebenarnya tak nak buat perkara ini. Saya sudah 40 tahun bersama Search, takkan saya nak ketepikan yang lain.

"Saya sudah cuba untuk kembali dan satukan Search semula, tapi tak berjaya dan nampak saya pula yang salah.

"Saya tak boleh tunggu lama-lama. Takkan saya nak duduk rumah hanya makan dan tidur kerana nanti nak pegang gitar pun dah tak boleh," katanya.

Noordin bersama adiknya yang juga pemain gitar utama Search, Kid bekerjasama dengan penyanyi popular Akim Ahmad (penyanyi), Galang (bass) dan Pae (dram) dalam persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim anjuran Playmad Sdn Bhd di Melaka pada 10 April lalu.

Gandingan ini juga akan beraksi lagi dalam Konsert Unplugged Search 40 Years anjuran COF Music yang akan berlangsung pada September nanti.

Menurut Noordin, seperti orang bersukan yang perlukan latihan, begitu juga dengan pemain gitar sepertinya.

"Pendapatan adalah perkara kedua, tapi saya perlu bermain gitar kerana saya sepenuh masa dalam bidang ini. Saya tiada kerja lain. Siapa nak bagi kita rezeki?

"Inilah masalah Search dari dulu lagi dan orang tak tahu. Saya malas nak bebel banyak-banyak. Satu lagi masalah ialah Search tiada pengurusan dan disebabkan inilah berlakunya masalah sekarang," katanya.

Dalam masa sama, Noordin turut mempertikaikan tindakan Amy yang meninggalkan Search pada Mac tahun lalu selepas 40 tahun bersama.

"Dia tinggalkan Search begitu sahaja. Sepatutnya Amy sokong apa yang kami buat. Contohnya dia dapat tahu kami ada berlatih atau buat sidang media ini, sepatutnya dia datang jumpa kami untuk beri sokongan. Itu yang saya harapkan.

"Saya bukan nak memandai-mandai tapi saya tengok kumpulan di luar negara di mana penyanyinya masih sokong kumpulan itu walaupun dia sudah keluar dan tempatnya digantikan penyanyi lain.

"Samalah seperti Search. Kita kena tukar mentaliti dan terima benda baru. Saya tak nak buat benda (konsert) ini pun tanpa Amy. Seperti saya kata pada Akim, Amy tiada ganti. Dia adalah raja dan berada pada satu tahap yang sukar digugat," katanya.

Noordin juga kecewa kerana usahanya menghubungi Amy menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas sehingga sekarang.

"Saya dan Kid juga ada had masa sendiri dan akhirnya kami terpaksa tampil dengan apa yang dibuat sekarang," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai ketiadaan pemain bass, Nasir, Noordin berkata, Nasir kini sibuk dengan perniagaan baharunya dan mungkin akan terbabit dalam persembahan akan datang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-5-2021 09:27 AM | Show all posts
cari lah penyanyi lain, akim tu mcm tak sesuai dgn search..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Akim.mana uols? Akim stacy tuh kah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:23 PM | Show all posts
kesiankan. dulu hebat. skrg cam merempat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut suka Amy la nk tinggalkan Search. Dia tau dh tua x larat nk nyanyi pekik2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Din mayat. Masa dulu2 aku dgr rockers gelar dia ni. Dia jarang bercakap. Kid apa kabar, Dua dua kurus pucat.
Mana pergi pakcik mereka yg Rahim Othman tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba amik ss
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:17 PM | Show all posts
teringat plak dulu arwah yazid yang korang 1 geng buat mcm mengemis..
skang hang rasa pulak tak dilayan... kifarah sentiasa ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:27 PM | Show all posts
amy tu da x nk la tu.. tu pasal dia x reply.. x yah la carik dia.... lg pun dia pun da semput.. da tua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:06 PM | Show all posts
Pakcik ni, kreatif lah sikit. Kalau rasa bakat main gitar tu power, buatlah sesuatu macam bukak kelas main gitar ke, buat youtube channel pasal gitar ke. Dah amy tu dah taknak, jangan lah buat malu terngemis ngemis lagi dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:23 PM | Show all posts
maybe sebab Amy terus senyap dan hilang tanpa penjelasan pada group Search kot yg wat diorg asik sebut2 pasal Amy
Kot la Amy reply balik jwb elok2 "aku dah insap. aku nak undur diri dan fokus pada keluarga dan ibadah.  pewiiitttt", baru la diorg ada closure dan redha lalu meneruskan kehidupan masing2
agaknye la....

Good luck Akim. Akim ni kreatif, leh bawa lagu2 yg segar pada Search
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nesloice replied at 7-5-2021 04:04 PM
cuba amik ss

Hoi! Mati hidup semula pun SS takkan nyanyi untuk search. SS tu level lain dah...kekekke
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 7-5-2021 04:17 PM
teringat plak dulu arwah yazid yang korang 1 geng buat mcm mengemis..
skang hang rasa pulak tak dil ...

Kannnnnn... Amy tu sejenis lepas tekak sendiri agaknya..sbb mungkin dia steady dari segi kewangan..sblm2 PKP agaknya org dok jemput dia sorang je menyanyi..masyukkk la..pastu blah gitu je, tak bagi closure..kang ahli lain nak amik penyanyi baru takut kena saman ngan amy..tu yg diorg dok bertahan..ni dah setahun ala2 digantung tak bertali..terpaksa ar cari jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 7-5-2021 01:23 PM
kesiankan. dulu hebat. skrg cam merempat...

Hidup bagai putaran roda..lumrah la tuu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 09:51 PM | Show all posts
shida81 replied at 7-5-2021 04:27 PM
amy tu da x nk la tu.. tu pasal dia x reply.. x yah la carik dia.... lg pun dia pun da semput.. da t ...

amy tu berape jela umo dia skrg?alangkah stven tyler aerosmith yg umo 70 thn lebih tu pun gigih lagi berangan hidup nak tour lepas covid neh nanti katanyehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list