Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
434
View
1
Reply

[Tempatan] Dahagakan cinta lelaki: Empat bulan pertama tahun ni mangsa-mangsa Love Scam rugi RM20.58 juta

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-5-2021 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Penipuan menerusi 'Love Scam' meningkat
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 4, 2021 @ 10:35pm


KUALA LUMPUR: Kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta atau 'Love Scam' menunjukkan peningkatan dalam tempoh tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata sebanyak 1,535 kes penipuan Love Scam dilaporkan pada tahun 2019 membabitkan kerugian RM79.11 juta.

"Jumlah kes meningkat 47 kes pada tahun 2020 kepada 1,582 kes dengan jumlah kerugian RM58.33 juta, manakala untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 549 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM20.58 juta.

"Berbanding tempoh sama pada tahun 2020, jumlah kes dicatatkan untuk tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata pihaknya melihat trend peningkatan ini sebagai situasi yang perlu ditangani secara serius, memerlukan tindakan pembanterasan dan pencegahan lebih efektif.

"Kita komited untuk melipat gandakan usaha khususnya daripada aspek siasatan dan operasi bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sebegini.

"Sejak tahun 2019 hingga Mac 2021, sebanyak 2,251 operasi dilaksanakan dan daripada jumlah itu, seramai 2,826 orang berjaya ditahan," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik operasi dan tangkapan dilaksanakan secara berterusan polis, beliau berkata rangkaian sindiket ini dipercayai terus merekrut ahli baharu bagi memastikan kesinambungan kegiatan mereka.

Justeru, Zainuddin berkata masyarakat diminta lebih berwaspada dan mengambil tahu tips pencegahan supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian.

"Jangan mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan digunakan di media sosial dan jangan mudah terpedaya dengan kata manis atau janji mereka.

"Selain itu, perlu berhati-hati memilih rakan melalui media sosial atau alam maya terutamanya yang kononnya berasal dari luar negara," katanya.

Selain itu, orang ramai diingatkan tidak mendedahkan nombor akaun bank atau identiti diri dan keluarga kepada mana-mana individu tidak dikenali atau baru dikenali di internet.

"Jangan sewenang-wenangnya memberi pinjaman atau memasukkan wang ke akaun peribadi individu tidak dikenali sekiranya diminta kenalan laman sosial melalui telefon, SMS dan emel.

"Sekiranya ada keperluan untuk membuat transaksi, buat semakan terlebih dulu di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'Semak Mule CCID' sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 untuk menyalurkan sebarang maklumat atau mempunyai sebarang keraguan berkaitan jenayah komersial.

Zainuddin berkata, penipuan cinta atau Love Scam adalah modus operandi yang kerap digunakan sindiket penipuan didalangi warga Afrika untuk memperdaya mangsa berbanding sindiket penipuan lain.

Penipuan menggunakan modus operandi itu paling kerap digunakan kerana 'kaedah' itu dipercayai amat berkesan untuk memerangkap dan memperdaya mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-5-2021 07:56 AM | Show all posts
dahaga cinta sebab otak dalam kain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list