Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
683
View
5
Reply

Gadai Barang Kemas Isteri Tawar Bekalan Oksigen Percuma Kepada Pesakit Covid-19

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki sanggup menggadai barang kemas isterinya dan mengubah suai teksi auto miliknya menjadi mini ambulans bagi menawarkan bekalan oksigen dan pengangkutan percuma kepada pesakit Covid-19.


Mohammad Javed Khan, 34, memuatkan sebuah tong oksigen dalam teksi auto beroda tiga miliknya, selain sebuah oksimeter untuk mengukur kandungan oksigen dalam darah pesakit serta beberapa peralatan perubatan yang lain.




Teksi auto milik Mohammad Javed yang diubah suai menjadi ambulans mini bagi menawarkan bekalan oksigen percuma kepada pesakit Covid-19. C AFP





Pesakit yang kritikal tidak boleh dibawa ke hospital tanpa bantuan oksigen.


Jadi, saya terfikir untuk menukar teksi auto kepada ambulans. Meskipun keadaannya tidaklah sebesar dan selesa seperti ambulans, namun yang pasti perkhidmatan ini dapat membantu menyelamatkan nyawa, ujarnya dipetik AFP.


Tambah Mohammad Javed, tindakannya untuk menawarkan bantuan itu turut diambil selepas melihat ramai pesakit tidak mampu membayar caj perkhidmatan ambulans yang mahal.


Apabila mereka menghubungi ambulans, mereka dicaj 5,000 rupee (RM279) hingga 10,000 rupee (RM558).


Bagaimana seorang yang miskin mampu membayarnya terutamanya dalam situasi pandemik ini apabila kebanyakan orang tidak mempunyai pendapatan? soalnya.




Teksi tersebut dilengkapi dengan sebuah silinder oksigen, sebuah oksimeter untuk mengukur kandungan oksigen dalam darah pesakit serta beberapa peralatan perubatan yang lain. C AFP




Sebelum ini, Mohammad Javed pernah didakwa oleh polis kerana mengendalikan perkhidmatan tersebut tanpa permit kecemasan ketika perintah berkurung di negeri Madhya Pradesh, namun tuduhan itu digugurkan malahan dia diberikan permit khas selepas kes tersebut mendapat perhatian di media sosial.




Sumber: Kosmo!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-5-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini redho tak tu... Ko ni javed..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kes polis tu.. Ada wartawan yg updTe kat medsoc.. Terus dapat tekanan dari netizen.. Tu yg polis pun x berani nak terus dakwa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi, jangankan ppe, sarung tangan pun tak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik_jantung replied at 5-5-2021 12:05 AM
Bini redho tak tu... Ko ni javed..

Hahaha..kan..sukati je gadai harta bini...reta dia simpan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiwa besar mamat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list