Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
245
View
0
Reply

[Sarawak] Ingkar SOP, dua syarikat di Bintulu dikompaun RM57,500

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-5-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode



Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Melvin Chung berkata kompaun dikeluarkan kepada sebuah syarikat yang menjalankan khidmat penghantaran dan perkapalan di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong dan sebuah lagi syarikat penjualan kereta di Jalan Tanjung Batu.
Syarikat di Tanjung Kidurong dikompaun RM43,000, manakala syarikat di Jalan Tanjung Batu dikenakan RM14,500.
Dua puluh dua pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran dan perkapalan itu didapati tidak membuat imbasan MySejahtera.
"Hasil pemeriksaan turut mendapati pekerja di syarikat terbabit gagal untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (SOP Diperketatkan) yang dilaksanakan di Bintulu pada masa sekarang iaitu hanya 30 peratus sahaja kakitangan dibenarkan berada di tempat kerja," ujarnya ketika ditemui selepas operasi pemeriksaan, hari ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan Pejabat Kesihatan Bintulu, disertai Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pukul 9:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Pemeriksaan terhadap syarikat menjual kereta mendapati pengurusannya gagal mematuhi peraturan menetapkan cuma 30 peratus kakitangan berada di pejabat, manakala tiga pekerjanya tidak membuat imbasan MySejahtera.

kredit : utusan borneo 01/05/2021

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list