Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
542
View
7
Reply

Pengertian Tentang Hakikat Puasa Ramadhan dan Meneliti Makna Fitrah

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-4-2021 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 07:13 PM

Hakikat Puasa Ramadhan dan Makna Fitrah



Oleh : Encik Roslan Abd Jelani (disumbangkan oleh hamba Allah)

1. Satu perkara menarik yang sepatutnya disedari oleh setiap orangyang melakukan ibadah puasa selama sebulan pada bulanRamadhan ialah, puasa itu mencegah diri insan daripadakepentingan-kepentingan bashariyyah, mengekang sifat liar hawanafsu, mencabut segala sifat rendah dan tercela (mazmumah) agarmanusia sedar semula akan asal-usulnya; pertaliannya yang kukuhdengan sifat-sifat ketuhanan; keterikatannya dengan janji asali (mithaq) yang dilaksanakan olehnya di hadapan Tuhan ketika diAlam Alastu; amanah dan tanggungjawabnya di atas dunia;kedudukannya yang mulia berbanding dengan makhluq-makhluqlain; musuh-musuh utamanya; kelebihan dan kekurangannya; dan,kesudahan nasib hidupnya yang abadi di akhirat.


2. Maka sebab itu disebutkan dalam satu hadith Qudsi bahawa Allahberfirman, Setiap kebaikan itu dilipatgandakan pahalanya sepuluhkali ganda sehingga sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa.Sesungguhnya puasa itu adalah untuk Ku dan Aku yang akanmemberinya pahala. Dalam hadith Rasulullah s.a.w. pula ada disebutkan, Setiap sesuatu itu mempunyai pintu, dan pintu ibadahitu adalah puasa.


3. Puasa mempunyai daya yang ampuh untuk mengembalikan danmemuliakan darjat dan martabat insan. Tanda orang yang kembalisemula kepada darjat keinsanannya adalah selalu mengingatkandirinya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang akanmenjatuhkan kemuliaan seseorang insan atau perkara-perkara yangakan mengaibkan dirinya sendiri. Dia juga tidak akan sama sekalilupa tentang setiap tanggungjawab yang semestinya dilakukan dansegala hak yang sewajibnya ditunaikan.


Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 28-4-2021 06:59 PM | Show all posts
4. Maknanya, puasa akan memungkinkan seseorang manusiamencapai sifat bawaan asali diri (fitrah) dengan sempurna yangmenayangkan penaklukan diri kepada Undang-undang PenciptaMaha Agung dan mengikut rencana dasar penciptaan Tuhan yangseimbang dan sempurna justeru mengithbatkan hakikat insan. Insanyang menyelaraskan dirinya mengikut tertib dan aturan penciptaanTuhan akan menatijahkan satu keadaan yang harmoni dan adilmanakala manusia yang menginkari tertib dan aturan ini akanmengakibatkan keadaan kacau-bilau dan zalim dalam rencana dasarkejadian alam semesta. Dalam surah al-Rum (30), ayat 30, AllahS.W.T. ada berfirman yang membaawa maksud, Hadaplah wajahmu(dirimu) dengan teguh kepada agama (yang lurus dan benar) danberpalinglah daripada segala kepalsuan (yakni, hindarilah diridaripada segala bentuk shirik dan tujulah kepada agama Islam)selaras dengan bawaan sifat asali (fitratuLlah), dan janganlah(engkau) benarkan sebarang perubahan yang mengakibatkankerosakan (fasad) terhadap apa yang telah diciptakan oleh Tuhan.



5. Fitrah merujuk kepada sunnatuLlah, Undang-undang Allah, aturanyang tertib (nizam), dan kecenderungan asali (khilqah) yang sediateradat dan terpendam dalam diri insan semenjak dia dilahirkanyang dilengkapkan oleh Tuhan untuk membolehkan manusiamengenaliNya. Menuruti fitrah bermakna melaksanakan sesuatuyang sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai insan malah apayang mencirikan hakikat insan itu sendiri menuntut agar manusiamenyempurnakan sesuatu yang sesuai dengan hakikat dan fitrahkejadiannya. Ini akan memungkinkan terhasilnya kesempurnaanpada semua bahagian pada dirinya zahir dan batin, dan apa yangmeliputi sesuatu yang luar daripada dirinya seperti kebudayaan,aturan hidup, rencana dasar ekonomi, dan hal-ehwal siyasah.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-4-2021 07:01 PM | Show all posts
6. Fitrah itu sendiri adalah rencana yang membayangkan sifat tabii

segala makhluk. Oleh sebab itu, insan menanggung amanah untuk

menyempurnakan sesuatu perkara mengikut hakikat dan fitrah bagi

perkara itu masing-masing, contohnya menghasilkan bunyi-bunyian

yang merdu yang sesuai dengan hakikat kejadian dan sifat asali

telinga; menghasilkan rupa-bentuk yang indah dan suasana yang

teratur dan tertib, atau menghasilkan karya seni dan ukiran yang

halus dan bermakna sesuai dengan hakikat dan sifat asali mata

kerana mata dijadikan untuk melihat benda yang cantik dan

menawan; dan, mengeluarkan kesimpulan ilmi yang benar melalui

aturan hujah yang betul dan sahih adalah sesuatu yang sesuai

dengan hakikat kejadian dan fitrah aqal .


Oleh sebab itu, usaha

mencapai kesimpulan ilmi melalui sebab-sebab yang tidak benar

adalah suatu yang disebut sebagai hujah yang batil (fasad al-wad).

Maknanya, apabila kita melaksanakan sesuatu, pelaksanaan itu

perlu sesuai dengan maksud sesuatu itu dijadikan yang akhirnya

memberi manfaat besar kepada manusia dalam perjalanannya

menuju kehadirat Tuhan dan mencapai keredhaanNya.

Sikap melaksanakan sesuatu yang sesuai dengan fitrahnya masingmasing bermula dengan pegangan yang yakin bahawa hakikat

benda-benda adalah suatu yang terthabit.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-4-2021 07:02 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 07:05 PM

7. Hal tersebut sedemikian rupa kerana Allah mencipta alam semesta
ini terdiri daripada segala macam spesies dan jenis lalu menetapkan
bagi dirinya masing-masing dengan fitrah, suatu rencana khusus
yang tidak pernah terpisah dengan benda yang disifatinya. Aturan
dan tertib setiap kejadian dalam sistem kejadian adalah mengikut
rencana khusus ini.

Setiap gerak-geri kejadian harus bersesuaian
dengan fitrahnya masing-masing sehingga melahirkan
kemaslahatan dan keadaan yang harmoni.


Fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pada insan adalah suatu yang berupaya
mendorongnya untuk menanggung amanah Tuhan dan mentaati
segala perintahnya lalu mengekalkan keadaan yang teratur-tertib
pada alam ini. Atas rencana fitrah ini, manusia bersedia menerima
segala ganjaran mahupun balasan berdasarkan sejauh mana
mereka menuruti atau melanggari amanah tersebut. Agama Islam
disebut sebagai agama fitrah (din al-fitrah) disebabkan
kesempurnaannya dalam mengatur rencana dasar ibadah.


8. Berhubung dengan perkara ini, dalam diri insan terkandung dua
kecenderungan yang terpendam, yakni pertama, kecenderungan
marah (ghadabiyyah) dan nafsu shahwat (shawaniyyah) yang
berkembang dari diri hayyawani (al-nafs al-hayawaniyyah), dan
kedua, kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan sebagai
seorang insan sehingga dia menjadi hampir kepada Tuhan sambil
menduduki martabat yang lebih tinggi daripada malaikat.


Dari satu segi, manusia memperlihatkan sifat-sifat yang dimiliki oleh
berbagai-bagai ragam binatang kerana dia hanya mengetahui
bagaimana untuk mengembangkan keinginan shahwatnya dan daya
marahnya sahaja sehingga akhirnya dia jatuh pada kedudukan yang
lebih rendah dan lebih sesat daripada binatang ternakan. Dari segi
lain pula, manusia juga menyamai tumbuh-tumbuhan.


Pada manusia secara tabiinya terkandung sifat baik dan jahat. Dengan
kata lain, manusia mempunyai persediaan sama ada untuk menjadi
insan yang baik ataupun jahat. Namun begitu, manusia lebih hampir
kepada ciri-ciri baik yakni sentiasa ingin mengenali Tuhannya dan
taat serta beribadah kepadaNya dilihat dari segi hakikat kejadiannya
yang beraqal. Ini menunjukkan bahawa keupayaan manusia untuk
mencapai kedudukan yang mulia bergantung kepada asuhan jiwa
dan aqalnya sehingga sampai ke peringkat yang sesempurna
mumkin (al-kamal al-mumkin).





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-4-2021 07:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 07:11 PM

9. Kesempurnaan insan dikaitkan dengan keadaan tatkala

berfungsinya daya-daya dalaman diri insan sesuai dengan tuntutan

fitrahnya. Inilah yang menjadi punca kepada terbitnya budi pekerti

utama atau ibu bagi segala budi pekerti (ummahat al-fadhail) dalam

diri insan yakni bijaksana (hikmah), berani (shajaah). iffah, dan adil

(adl). Jika daya-daya dalaman ini tidak berfungsi sesuai dengan

tuntutan fitrah, maka akan lahirlah sifat-sifat buruk yang

merendahkan kemuliaan insan (al-radhail). Oleh sebab itu,

pendidikan akhlaq yang berakarumbikan adab akan memberi

perhatian utama dan berterusan bagi mempersiapkan dan

melengkapkan seseorang individu dengan keadaan yang

melayakkannya dianugerahkan oleh Allah akan ibu bagi segala budi

pekerti ini, iaitu al-hikmah yang berkait dengan keutamaan aqal; alshajaah yang berkait dengan keutamaan fakulti al-ghadabiyyah;

al-iffat yang berkait dengan keutamaan fakulti al-shahwaniyyah;

dan al-adl yang merujuk kepada natijah daripada tercapainya

ketiga-tiga keutamaan sebelumnya.



10. Apabila manusia terdorong untuk melakukan sesuatu perkara,

maka dorongannya itu akan dipacu oleh fakulti al-shahwaniyyah dan

fakulti al-ghadabiyyah. Walau bagaimanapun, kecenderungan asal

bagi kedua-dua fakulti ini adalah ke arah melakukan perkaraperkara yang terkeji (mazmumah) seperti kejumudan akal budi dan

melampaui batasan kebenaran yang merujuk kepada fakulti alshahwaniyyah, dan bacul dan melakukan sesuatu tindakan secara

membuta-tuli bagi fakulti al-ghadabiyyah. Kedua-duanya ibarat air

yang mencurah dari gunung, merempuh apa saja yang dilaluinya

bagi membebaskan dirinya.





11. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dikawal dan diawasi oleh


fakulti yang lebih tinggi daripadanya, yakni yang merujuk kepada


fakulti yang terkandung dalam diri aqali. Inilah satu perkara yang


berlaku ketika kita mengamalkan ibadah puasa. Melalui kawalan dan


pengawasan ini maka lahirlah salah satu budi pekerti utama yang


disebut sebagai shajaah (keberanian/courage), yakni kekuatan akal


budi yang berakarumbikan keyakinan tanpa shakk, zan dan waham


yang digerakkan dengan istiqamah untuk menegakkan kebenaran


dan menghapuskan kebatilan, manakala kawalan dan pengawasan


pada fakulti al-shahwaniyyah pula akan melahirkan salah satu budi


pekerti utama yang disebut iffah. Iffah bermaksud keadaan diri


seseorang yang berdaya kuasa mengenakan batasan kebenaran


(the limit of truth) terhadap segala kemahuan nafsunya supaya


kemahuan tersebut tidak sampai ke peringkat yang melampaui


batas agama, contohnya, tidak tamak dalam mencari kekayaan, dan


tidak merampas hak orang lain dalam mengejar keuntungan.












Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-4-2021 07:07 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 07:12 PM


12. Malangnya selepas Ramadhan, ada sebilangan manusia yang
gagal untuk terus meningkatkan dirinya pada tahap yang baik,
yakni dengan terus berazam agar budi pekerti utama tidak terpisah
daripada tingkah laku dan perangainya. Mereka enggan untuk terus
membiasakan diri dengan amalan berterusan dari segi melakukan
sesuatu yang baik dan meninggalkan sesuatu yang buruk; tidak lagi
mahu membezakan perkara yang bermanfaat daripada perkara
yang sia-sia; gagal memperteguhkan jiwanya supaya tidak
melakukan penyelewengan terhadap agama. Ketika selesainya
ibadah puasa di bulan Ramadhan, jiwa mereka kembali bersifat
memberontak. Hati mereka kembali cenderung kepada tuntutan
dunia dan tuntutan hawa nafsu yang palsu tanpa menghiraukan
kepentingan mendapat rezeki yang halal dan barakah. Inilah
akhirnya yang menjadi punca perselisihan, permusuhan dan
perbalahan di kalangan ahli masyarakat.



13. Diharapkan kita sama-sama dapat mengurangkan kebekuan
dan kehampan dalam aspek budi pekerti di kalangan umat Islam,
sentiasa mengambil endah tentang makna dan tujuan sebenar
kehidupan, berusaha keras untuk terus meningkatkan akhlaq
terpuji, tidak lagi bersikap bebal dalam memahami unsur-unsur
teras dalam pandangan alam Islam, beransur-ansur dan secara
istiqamah cuba membuang sifat keras hati dan lalai akibat
kecenderungan untuk bermewah-mewah dan hanya memikirkan
soal untuk mengisi perut. Jika perkara-perkara ini gagal diteruskan,
sudah tentu akan memberi kesan tidak baik kepada intipati, hala
tuju, tujuan dan matlamat sebenar insan, dan secara langsung
menampakkan kegagalan kita dalam mendalami makna Ramadhan.
Malah, kita sepatutnya rasa malu untuk meraikan kejayaan diri kita
kembali kepada fitrah dan sifat asali diri pada hari yang dinamakan
sebagai Eid al-Fitri.



WaLLahu Alam

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
puasa rohani sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-5-2021 09:08 AM | Show all posts

true, yups.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list