Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2004
View
20
Reply

[Tempatan] Nak balik kampung semasa raya, eh hello! Kes masih tinggi la..kau sekolah tak?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-4-2021 02:28 PM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Kesihatan akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak bagi perjalanan rentas negeri semasa musim Hari Raya Aidilfitri akan datang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Semua keputusan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Sekiranya mereka menganggapnya tidak sesuai kerana berisiko tinggi, kita tidak akan membenarkannya," katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan keadaan semasa berikutan jumlah kes Covid-19 masih tinggi.

"Kita sekarang mencatatkan lebih 1,000 kes setiap hari. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sebelum ini, jumlahnya adalah kira-kira 300 kes setiap hari.

"Kita memberikan sedikit kelonggaran bagi membantu memulihkan semula ekonomi. Apapun, kita perlu tunggu keputusan Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Jumaat.

Beliau turut menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba untuk merentas negeri dengan 'permit rentas negeri yang palsu' menjelang musim perayaan itu.

"Jika anda beli (permit) di luar dengan kelulusan polis, ia adalah salah. Polis tidak pernah mengeluarkannya seperti itu," katanya.

Ismail Sabri berkata, mereka yang mahu merentas negeri perlu memohon kebenaran di balai polis berdekatan, sambil memberi amaran bahawa tindakan juga akan diambil kepada sesiapa yang didapati menjual dokumen perjalanan palsu.

"Bagaimana mereka dapat memberikan persetujuan kosong tanpa melalui proses saringan yang sebenarnya?

"Pihak berkuasa perlu mengetahui sebab mengapa seseorang individu itu mahu melakukan perjalanan rentas negeri," katanya. - The Star

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-4-2021 03:13 PM | Show all posts
untunglahhhh dpt rentas negeri...

datuk pon untung lahhh dpt berbuka beraya bersama keluarga

ada siap dpt terbang melawat tanah suci lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun raya bermaaf-maafan salam berpelukan bagai lagi nak suh org rentas negeri balik kg ka

Bukan semorang bervaksin pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 04:22 PM | Show all posts
akan akan akan. ingat ni indon ke berita penuh dengan akan, bakal, dijangka. baik umumkan sekarang je kalau tidak nanti orang ramai asyik berharap. tahun lepas pun aku dah cakap pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan raya cina pun tak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 04:32 PM | Show all posts
Kekalkan terus sekatan merentas negeri sehingga kes aktif C19 sifar lagi bagus.. PRU15 aku bolehlah undi kerajaan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 04:34 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 04:26 PM
Sedangkan raya cina pun tak bagi

nasihat di fb1.png
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:43 AM | Show all posts
Tak rasa kita boleh balik kampung raya ni, kes harian masih banyak.

Balik kampung bukan kita jumpa mak ayah kita aje, rumah atok nenek, pakcik makcik, sepupu sepapat mesti berjumpa, berpeluk-peluk, bertepuk tampar.

Tak apalah tak dapat balik kampung, sabar sikit aje lagi, Insyaallah tahun depan kita balik ya.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita sama sama melawan covid dgn tidak.merentas megeri...
Iols pung rindu tok iols kat kampung...
Tapi...apakan daya...
Iols jumpa.mak.iols.pung iols.tak.salam.tau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tindakan halang tu. Tapi jangan penguatkuasaan berat sebelah. Sape pun anda, salah terus saman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baliklaaa
Biaq mampoihh beramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 11-4-2021 04:56 PM
Baliklaaa
Biaq mampoihh beramai ramai


Convid ni tak wujud laa
Xbahaya pong



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hellooo hamjad...kalau dah dapat both jabs apa masalah tak boleh rentas negeri? abahcow steady aja without mask setelah dapat both jabs....

kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
i rasa hari ni dah byk yg merentas dan sampai dah kat kampung masing2. kat kawasan rumah yg x sibuk n tenang dihari biasa, hari ni sibuk n penuh dgn kenderaan mcm hari raya dah. no plet kereta pun majority yg jarang terlihat. jalan pun dah start jem.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah ngengada nak balik kampung. Esok satu negara kes mencanak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:46 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 11-4-2021 10:54 PM

kambeng2 yang takut kobid  tu, elok la duduk rumah tak payah keluar.
duduk dalam selimut, bungkus kan diri dalam plastik

bagi yang berani ni semua untuk keluar rentas negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:53 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 11-4-2021 11:02 PM
shernazz replied at 11-4-2021 11:47 AM
Marilah kita sama sama melawan covid dgn tidak.merentas megeri...
Iols pung rindu tok iols kat kamp ...
Iols jumpa.mak.iols.pung iols.tak.salam.tau...

selain dari tak perlu bersalam,
untuk lebih afdhol, baik mandi dengan clorox sebelum masuk rumah,
dan pakaian nya di bakar sekali

lepas ni boleh ajak parents yg dah tua tu,
untuk cocok vaksin semoga mereka semua kebal dari kobid.

no offense.
cuma kagum dengan tahap compliance membabi bute without critical thinking oleh rakyat malaysie.


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je balik ramai2, biar semua kena jangkit. Nak sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Don't worry..gov takut politics..so akan dibenarkan balik raya. Green light kkm itu hanya alasan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list