Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
740
View
1
Reply

City hanya perlukan 11 mata sahaja lagi

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-4-2021 02:13 PM | Show all posts |Read mode
City hanya perlukan 11 mata sahaja lagi


JESUS (kiri) berjaya meledak satu gol ketika City mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Leicester awal pagi semalam. C AFP


LEICESTER C Manchester City semakin hampir untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menang 2-0 ke atas Leicester City pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus itu memastikan The Citizens terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Manchester United.

Selain itu, kemenangan tersebut turut menyaksikan City hanya memerlukan 11 mata sahaja lagi dalam tujuh perlawanan terakhir bagi merangkul gelaran EPL ke-5.

Kemenangan ini akan membawa kami semakin hampir untuk menjulang gelaran Liga Perdana. Saingan ini sangat sukar, jadi sudah tentu saya gembira untuk memenanginya.

Anda tidak boleh jangka apa akan berlaku selepas aksi antarabangsa tetapi saya percaya dengan barisan pemain. Saya tahu mereka tidak selalu percayakan saya, namun masih beraksi de-ngan baik, kata pengurus City, Pep Guardiola.

Selain itu, beliau juga gembira apabila semua pemain City masing-masing bersaing untuk mendapatkan tempat dalam ke-sebelasan utama dan ia membawa kesan positif buat pasukan.

Apabila anda selalu menang, setiap pemain berlumba-lumba membuktikan mereka adalah yang terbaik kerana mahu terus bermain. Saya fikir ia satu perkembangan yang sangat positif, ujarnya. C AGENSI


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-4-2021 04:01 PM | Show all posts
tak bole kata ape dah
mmg nampak season ni city team yg paling stabil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list