Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
417
View
1
Reply

Negeri Sembilan FC lonjak ke tangga teratas

[Copy link]

Author: WIFEY_KETIAK       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-3-2021 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Negeri Sembilan FC lonjak ke tangga teratas


Penyerang Negeri Sembilan FC, Alain Thierry Akono Akono (kiri) melakukan rembatan ke pintu gol Perak FC II dalam perlawanan Liga Premier 2021 antara Perak FC II dengan Negeri Sembilan FC di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH C Negeri Sembilan FC seperti diduga meraih mata penuh apabila menunduk pasukan ubi muda, Perak FC II 2-0 dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh, petang tadi.

Dengan kemenangan ini, anak buah K. Devan berjaya memintas Sarawak United FC selaku pendahulu dengan mengutip 10 mata.

Bagi Perak FC II pula, kekalahan ini adalah yang ketiga berturut-turut selepas tumpas kepada Sarawak United FC dan Kelantan United FC.

Dalam perlawanan tadi, Negeri Sembilan FC menguasai persaingan dengan corak kemas dan kawalan padang yang baik.

Bagaimanapun tuan rumah kental bertahan untuk menyukarkan skuad Hoben Jang Hoben melakukan sebarang jaringan.

Turun tanpa sebarang pemain import, anak buah Syamsul Mohd. Saad tetap tidak memberi laluan mudah kepada pelawat.

Bagaimanapun Perak FC II jelas kekurangan dari segi pengalaman berbanding lawan yang berada dalam kelas sendiri.

Usaha pelawat akhirnya berjaya apabila rembatan leret R. Barathkumar di minit ke-20 melepasi jangkauan penjaga gawang Perak FC II, G. Yuganes.

Skrip babak kedua bertukar dengan anak buah Syamsul dilihat cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan.

Begitupun usaha mereka tidak berhasil kerana lawan berjaya menyerap segala asakan mereka.

Sebaliknya Negeri Sembilan FC memperolehi gol kedua mereka apabila Alain Thierry Akono Akono memperdaya benteng Perak untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-59.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol selepas itu tetapi benteng masing-masing berjaya mengelak daripada dibolosi.-K!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-3-2021 08:52 PM | Show all posts
kobing jang kobing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list