Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
552
View
1
Reply

Manshahar tak mahu 'tekan' Nauraj

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-3-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Manshahar tak mahu 'tekan' Nauraj



Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil tidak mahu meletakkan tekanan kepada jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa yang kini sedang memburu slot ke Sukan Olimpik di Tokyo, Julai hadapan.

Menyedari tentangan sengit bakal dihadapi Nauraj dalam percubaannya untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu, Mohd Manshahar percaya pemenang pingat emas tiga kali Sukan Sea itu akan berusaha sebaik mungkin bagi merealisasikan impiannya.

"Saya lebih suka Nauraj melayakkan diri ke Sukan Olimpik secara merit dengan lompatan setinggi 2.33 meter (m), dalam kejohanan yang bakal disertainya nanti.

"Jika layak ikut ranking dunia, saya rasa peluangnya agak sukar kerana realitinya Nauraj kini berada di kedudukan ke-47 dunia. Ini kerana, hanya 32 atlet (dalam acara lompat tinggi) yang layak beraksi pada Sukan Olimpik," katanya.

Nauraj yang kini menjalani latihan di Leipzig, Jerman merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lompatan 2.30m ketika menyertai kejohanan Terbuka Singapura 2017.

Mengenai perkembangan terkini atlet berusia 29 tahun itu, beliau berkata mengikut laporan diterima daripada Nauraj, atlet itu kini berada dalam keadaan terbaik, selain terus fokus dan gigih menjalani latihan di Jerman.

"Saya juga dimaklumkan Nauraj dijadualkan akan menyertai satu kejohanan di Eropah pada bulan hadapan dan diharapkan beliau mengambil peluang ini untuk cuba layak ke Sukan Olimpik," katanya.

Pada Januari lepas, Nauraj turut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri bagi acara dalam dewan di Kejohanan Indoor Track and Field Vienna 2021 di Austria dengan lompatan setinggi 2.20m mengatasi rekod 2.19m yang dilakukan pada 2019.

Sumber : harian metro
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-3-2021 11:08 PM | Show all posts
ingtkn tasha manshahar tu

prffffffffght
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list