Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1387
View
18
Reply

[Tempatan] Tanam jagung mutiara seluas dua hektar. Dapat 9,000 tongkol. Belajar teknik, ilmu melalui sosial media

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-9-2020 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Timba ilmu tani di media sosial
Hassan Omar 33 mins ago



DALAM kehidupan era siber sekarang, penyampaian ilmu tidak lagi seperti sebelum ini yang memerlukan pihak ingin menuntut ilmu hadir secara berhadapan dengan pihak menyampaikan ilmu.

Kini, ilmu mampu disampaikan atau ditimba melalui kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT), terutama bagi netizen yang menjadikan laman sosial Facebook atau Instagram sebagai medium utama.

Hal itulah yang dilalui dua sahabat akrab, masing-masing mahir dalam bidang juruelektrik dan jurutera pesawat yang membuktikan ilmu mengenai industri penanaman jagung yang ditimba melalui Facebook mampu menjadikan mereka usahawan tani berjaya.

Norazwan Kamaruddin, 31, dan Mohd Saufee Kamarudin, 32, bermula dengan ketiadaan ilmu mengenai kaedah penanaman jagung, mereka membulatkan tekad serta azam untuk memulakan usaha menanam jagung di kawasan seluas dua hektar di Kampung Jeram, Masjid Tanah dekat Alor Gajah pada Februari lalu.

Mereka tertarik dengan ilmu yang dicurahkan seorang pemilik akaun Facebook yang mengusahakan tanaman berkenaan di kawasan seluas 40 hektar di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengan meneliti kaedah penanaman, penjagaan, penuaian dan pemasaran yang disediakan pemilik akaun itu, kedua-dua sahabat terbabit memulakan usaha berkenaan dengan memajak tanah yang asalnya dipenuhi hutan.

Norazwan menjelaskan, selain menimba ilmu daripada pemilik akaun terbabit, mereka turut membuat penelitian melalui carian dalam pelbagai laman sesawang mengenai kaedah penanaman jagung, risiko dan cabaran yang menunggu.

Sehubungan itu, mereka memberanikan diri membuat pelaburan awal tidak kurang daripada RM10,000 untuk membersihkan hutan, membajak tanah dan menabur kapur sebelum memulakan usaha menanam jagung mutiara.

Norazwan yang ketika itu kehilangan pekerjaan berikutan syarikat tempat beliau mencari rezeki sudah tamat kontrak penyelenggaraan sebuah kilang di Cheng, dekat bandar raya Melaka, memperkukuh azam dan semangat menempuh cabaran.

Bagaimanapun, Mohd Saufee bernasib baik kerana masih terus bertugas dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur, tetapi tidak pernah mengabaikan tugasnya memajukan tanah berkenaan apabila setiap kali tidak bekerja.

Norazwan menjelaskan, pada mulanya mereka menanam jagung mutiara di kawasan seluas hanya 0.4 hektar untuk membuat penilaian hasilnya selepas 65 hari.

"Tuaian pertama selepas tempoh berkenaan, kami memperoleh 9,000 tongkol (biji) jagung mutiara yang amat digemari peniaga jagung rebus kerana ia lebih lembut berbanding jenis lain," katanya ketika ditemui di kebunnya, baru-baru ini.

Bagi mendapatkan jagung berkualiti tinggi, mereka membuang dua atau tiga tongkol jagung pada setiap batang dan membiarkan hanya setongkol pada setiap batang.

"Kaedah itu membolehkan biji jagung tersusun rapi tanpa penyakit berbahaya yang mengancam ia membesar dengan subur," katanya.

Dengan memasarkan jagung mutiara pada harga RM10 untuk enam tongkol kepada pelanggan dalam talian dan setongkol RM1 kepada pemborong (belian antara 50 hingga 200 tongkol), mereka memperoleh pulangan antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi setiap 0.4 hektar.

Bagaimanapun, bagi pemborong yang membeli jagung melebihi 1,000 tongkol, mereka menyediakan harga istimewa antara 70 sen hingga 80 sen setongkol.

Namun demikian, mereka tidak terkecuali daripada menghadapi ancaman haiwan perosak seperti babi hutan dan monyet. Bagi mengelak serangan berterusan, Norazwan mengaplikasikan kemampuannya dalam bidang elektrik untuk memasang pagar elektrik di kawasan tertentu kebun yang bersempadan dengan hutan.

Selepas tujuh bulan mengusahakan tanaman berkenaan, mereka sudah mampu tersenyum menikmati hasil tuaian yang amat membanggakan dengan hasil jualan antara RM7,000 hingga RM8,000 setiap 0.4 hektar.

Bagi menambah perolehan, mereka mula mencuba menanam sedikit jagung pulut, selain memasarkan batang jagung yang sudah dituai kepada penternak lembu dan kerbau sekitar Masjid Tanah yang memerlukannya untuk dijadikan bahan makanan haiwan peliharaan mereka.

Penternak lembu dan kerbau memotong pendek batang jagung untuk dicampurkan dengan gula merah sebelum diperam antara dua hingga tiga minggu bagi dijadikan bahan makanan tambahan ternakan.

Dengan menawarkan batang jagung pada harga RM500 bagi setiap 0.4 hektar, kebun mereka sentiasa dikunjungi penternak lembu dan kerbau setiap kali mereka selesai menuai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

   

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 20-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sdpnyer jagung..rebus bakar bubur semuaaaa yummyyyyyyyy...tnm baik2 dikssss,nanti hakak beli yer.pokok pun tk buang gituh jah...bagussss2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 08:42 AM | Show all posts
0.4 hektar = 1 ekar boleh hasilkan lebih 5k (tak taulah dah tolak kos)

aku ada tanah ni tapi aku tak pernah usahakan ... hurmmm ... aku kena usahakan juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mrmerell replied at 20-9-2020 08:42 AM
0.4 hektar = 1 ekar boleh hasilkan lebih 5k (tak taulah dah tolak kos)

aku ada tanah ni tapi aku  ...

Makk luas ke tanah u?bestnya ada tanah..sila kaji komposisi tanah u tu sesuai tanam apa.nenas?cili?jagung?serai?ketum??hahahaaa slmt menjadi petani moden yach!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mrmerell replied at 20-9-2020 08:42 AM
0.4 hektar = 1 ekar boleh hasilkan lebih 5k (tak taulah dah tolak kos)

aku ada tanah ni tapi aku  ...

Boleh kena ada orang jaga. Nanti orang lain tuai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagung banyak import taiwan. Tapi untung sebab org bela lembu suka amik batang jagung
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2020 09:42 AM | Show all posts
bela itik atau kambing pun bagus
pasaran sentiasa ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:42 AM | Show all posts
Pertanian satu perniagaan kalau rajin kena gaya pasti amat menguntungkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu tengok orang bercucuk tanam bawah pencawang.tu tanah sewa dengan tnb ke atau tanah haram ke tanah sendiri? kalau boleh sewa I pon nak menyewa tanah juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la muda lagi awal 30an berbakti pada tanah.tanam jagung ni untung kan cuma kene kwsn yg luas la. jagung pun mahal skrg.
kwn iols pekebun gilir2 tanaman. time tanam jagung je mesti ade org lain yg mengaku tu kebun dia smbil bwk anak bini kutip hasil boh dlm boot kereta. almost everytime dia tanam jagung mesti ada kejadian dpt tgkap org dtg kutip hasil. kebun dah pagar segala siap ade anjing jaga pun menten dicilok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Time pkp aritu baling biji jagung kt belakang tumbuh 2 pokok. Merasa la 2 tongkol buat rebus..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagung.. Sedapnya.. Rebus boh gula sikit.. Garam sikit.. Fuhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam serai pun ok jugak coz sgpore beli.. lebi kurang mcm tanam jagung
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd petani or pekebun kene betol2x minat nak berbakti pada tanahh.... Sebab kerjenye penat mengguna tulang 4 kerat... Kedrat jgn cakaplah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat sharlene bila baca thread tanaman..
Hihi
Jagung bakar sapu susu n butter sedap betul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam untung banyak. Tapi modal lagi banyak keluar. Nak upah orang keja lagi.
Tapi sape2 yang nak tanam sayur jenis lain, janganlah tanam dekat2 dengan kebun jagung. Habis nanti sayur x menjadi sebab jagung ni ada sejenis hama. Habis kebun cili dgn labu tahun lepas tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi senang menanam tebu dibibir mulut.tak percaya? Tengok kat Sabah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts

Ramai yang rebus yer. Cuba kukus, rasa manis jagung x hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam jagung susu, manis je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list