Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2266
View
33
Reply

[Tempatan] Gadis ini n beberapa abg motor kutip kaca pecah tengah jalanraya mmg bahaya.Betulkah tindakan mereka?

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-8-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
FIKIRAN saya ketika itu hanya mahu membantu lelaki itu kerana takut dia kena langgar walaupun mengetahui ia satu tindakan berisiko tinggi.

"Saya juga tidak mahu serpihan kaca rosakkan kenderaan pengguna jalan raya lain," kata pengguna jalan raya, Nor Ain Shazwani Juahir.

Nor Ain, 27, berkata, dia kebetulan berada di lorong tengah dan melihat seorang lelaki memberhentikan motornya untuk mengalihkan serpihan kaca yang jatuh di atas jalan.

Tanpa berfikir panjang Nor Ain segera memberhentikan keretanya sebelum membantu pemuda terbabit mengutip serpihan kaca yang bertaburan di Lebuhraya Persekutuan.

"Saya nyalakan lampu kecemasan sebelum turun dari kereta bagi mengurangkan risiko kemalangan dan sebagai pemberitahuan kepada pengguna jalan raya lain.

"Tidak lama selepas itu, ramai penunggang motosikal turut turun membantu mempercepat kerja mengalihkan serpihan kaca itu.

"Ada juga pemandu kereta yang turut menghulurkan kain bagi mempermudahkan kami mengalihkan kaca itu ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Detik cemas itu dikongsikan Nor Ain di Facebook hasil rakaman 'dashcam' kereta dipandunya itu.

Katanya, kejadian serpihan kaca bertaburan di jalan raya itu dipercayai berlaku disebabkan cermin dinding panjang yang jatuh dari lori

Ada dalam empat penunggang motosikal turut sama membantu membersihkan jalan itu dan kami dapat selesaikan dalam masa 15 minit sahaja," katanya.

Dia yang berasal dari Melaka Baru, Melaka itu tidak menyangka tindakan spontannya itu mendapat reaksi positif warganet.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan selain terinspirasi dengan tindakan kami itu.

"Kejadian itu membawa makna besar dalam hidup saya kerana kebetulan hari jadi saya keesokannya," katanya.

Tambahnya, dia turut teruja apabila Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani memuat naik status di Facebook memuji tindakan dia dan beberapa anak muda lain yang ada dalam video berkenaan.

"Teringat saya kepada suatu hadis Nabi SAW yang memperihalkan kisah seorang hamba Allah yang dianugerahkan syurga dek kerana amalnya iaitu membuang dahan pokok di jalanan.

"Semoga kebajikan yang dibuat itu, mempunyai nilai di sisi Allah, bahkan menjadi suatu inspirasi buat umat Islam di Malaysia untuk sama-sama melakukan kebaikan, tanpa memikirkan kepentingan peribadi semata-mata," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/608043/saya-takut-dia-kena-langgar-metrotv
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 23 Users voted View Voters
18.52% (5)
22.22% (6)
3.70% (1)
48.15% (13)
3.70% (1)
3.70% (1)
Your User group have no permission to vote
Screenshot_2020-08-08-17-19-49-89.png

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-8-2020 05:36 PM | Show all posts
semata nak viral

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap like ke apo
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x dak deshcam tu utk rakam agak2 benti tolong x
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm islam haram menyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pada niat dihati dia lah...
Tu antara dia dgn Allah
Biarlah kalau dia haaaaadap viral sekalipun..
Good job dik...

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 09:05 PM | Show all posts
tgk kaca apa, kalau pecah kaca pecah gelas mmg wajib kutip
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu mabul tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 8-8-2020 02:55 PM
Pemandu mabul tu apa?

Hahaha
Dia nak taip pemandu mabuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang yang mula2 kutip tu takde pon hegeh nak ambik gambar cerita kat fesbuk bagai

Datang si minah ni over la pulak nak tunjuk bagus

Go die la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 03:14 AM | Show all posts
mulia tetapi ianya satu perbuatan yang tersangat merbahaya!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-8-2020 03:14 AM
mulia tetapi ianya satu perbuatan yang tersangat merbahaya!

Kannn
Klu aku call bomba je
Berenti kete psg lampu kecemasan
Xde nya nk p tolak2 kaca mcm tu

Kdg baik tu kena bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-8-2020 01:49 AM
Abang yang mula2 kutip tu takde pon hegeh nak ambik gambar cerita kat fesbuk bagai

Datang si mina ...

Die ade dashcam
Ni testimony

Bangkem ape tau

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbuat baik tak bertempat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 05:32 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-8-2020 01:33 PM
supernaturalee replied at 8-8-2020 11:18 AM
Kannn
Klu aku call bomba je
Berenti kete psg lampu kecemasan

Tak kisah lah bomba ke apa tetapi sebetulnya call highway maintenance itu kerja dia orang. Highway maintenance pun guna cones untuk keselamatan dia orang.



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-8-2020 05:32 AM
Tak kisah lah bomba ke apa tetapi sebetulnya call highway maintenance itu kerja dia orang. Highway ...

Aha..itu yg sebaiknya FM..
Kita ni sllu dgr pengguna jalanraya/hiway alihkan sendiri sampah/brg kat tgh jalan dimana kenderaan terlalu sibuk bersimpang siur..
Sgt membahayakan diri dan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 9-8-2020 05:51 AM
Aha..itu yg sebaiknya FM..
Kita ni sllu dgr pengguna jalanraya/hiway alihkan sendiri sampah/brg k ...

Siapa kata nak masuk syurga susah?

Lane EXPRESS lagi kheuun?

kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 07:36 AM | Show all posts
Melayu yg  lakukan
tak ada siapa pun yg kesah
jika kuali atau asal China rating naik
sampai menteri pun puji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
evian... replied at 9-8-2020 07:12 AM
Siapa kata nak masuk syurga susah?

Lane EXPRESS lagi kheuun?

Harap tak dikira mati katak je bang..
Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Laluan ni mmg sibuk depan Empire ni.....laju dari Shah Alam. .kelang semua menghala KL
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list