Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11871
View
129
Reply

Lama tak Berlakon, Kini Ben Amir Jual Sambal Pula. Laku ke?

[Copy link]

Author: lolipopbiru    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-8-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
  

  


Minat Berkhemah, Cetus Idea Ben Amir Keluarkan Sambal Sendiri

Aktor Ben Amir mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan sambalnya tersendiri yang diberi nama Sambal Budak Camping.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 30, produk sambal merupakan sesuatu yang mudah dan versatil untuk pelbagai kegunaan.

Saya sebenarnya nak kongsi sambal kegemaran dengan semua sebab sambal ni memang pedas gila dan saya sukakan makanan yang pedas.

Tambahan pula saya suka aktiviti berkhemah dengan teman-teman, kami akan bawa sambal ni sebab mudah dan makanan akan jadi sedap gila.

Kami letak sambal ni dalam apa je menu kami, nasi, telur, ayam, apa-apa je la mesti makanan akan jadi enak, kata Ben ketika dihubungi Gempak.

Tambah Ben, dia menerima banyak permohonan untuk orang ramai menjadi agen meskipun sambal ini bakal dilancarkan pada jam 9.30 malam ini secara IG live.

Alhamdulillah, dari promo yang pertama dah dapat maklumbalas yang baik. Ramai juga ingin menjadi agen sambal kami walaupun masih belum dilancarkan.




Sekarang sambal ini hanya ada satu perisa dan satu saiz sahaja dengan harga RM26 untuk 280 gram. Kami gunakan bahan-bahan yang berkualiti dan boleh didapati menerusi agen-agen kami seluruh Malaysia, ujarnya lagi.

Selain sibuk menguruskan aktiviti lakonan, Ben dan team budak camping akan turut serta dalam siri jelajah seluruh Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi untuk bertemu dengan para agen.

Siri jelajah ni juga sebagai satu tanda penghargaan kepada kepada semua agen dan bertemu dengan penyokong saya selama ni.

Di samping itu, kami ingin membantu melahirkan 50 usahawan dalam masa terdekat kerana kami percaya produk sambal kami dapat tembusi pasaran antarabangsa dengan pelan dan strategi yang telah disusun, katanya sebagai penutup.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-8-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dia jual kat BAOFC je or to public ? ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang , tak ride the hype sweet dreams
susah susah nak nak popular tetiba dapat manager kekwat macam julie tu ...

tau la pkp , tapi bukan ke manager kena cari job kat artis
aku tgk dia asik merambu je dgn si julie and laki julie si sepol tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:22 PM | Show all posts
benda2 mcm ni kena volumes hebat...ambik murah jual tinggi sikit kat cust..boleh huntong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nye harga sbotol..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape harga mahal sgt ??????
Sebab retis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang sambal ini hanya ada satu perisa dan satu saiz sahaja dengan harga RM26 untuk 280 gram

kalau seller yang tak yakin dengan apa yang di buat
mmg jadi mcm.ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-8-2020 04:22 AM
benda2 mcm ni kena volumes hebat...ambik murah jual tinggi sikit kat cust..boleh huntong.


kalau harga belas2 hulur rm20 settle. kalau harga rm28 mmg kena keluar 2 keping. rm20+10 or rm20+20 nak hulur rm50 terus rasanya tak ramai sanggup. nilai sambal tu pun dah consume 50% note rm50.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki seorg lagi yg pakai cermin mata tu hafiz nafiah eh. Dia tu mcm ada di mana2 je iols tengok
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
oooooo dh tu kita nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 01:36 PM | Show all posts
berapa lama pulak lah bertahan...let's counting
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga retis kayangan
Sambal je pun Kosong tak de isi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau harga sambal tu walaupon minat Ben Amir ni.. apsal mahal sgt??? Belas2 ok lg..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya
range sambal satu botol.org jual rm20 jah dikkk
pastu ye ye je le guna bahan berkualiti bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 8-8-2020 12:21 PM
Sayang , tak ride the hype sweet dreams
susah susah nak nak popular tetiba dapat manager kekwat ma ...

Kan?? Sakit hati pulak la.. pi jual sambal knp?? Org lain job kat tv back to back.. die ada 3 job je kot lepas SD. Drama demi tu da sambung shooting ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:08 PM | Show all posts
Nama je artis terus jual harga yahudi.
Yang so called peminat pun bodoh je gi sokong
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:11 PM | Show all posts
inspektoremos21 replied at 8-8-2020 01:26 PM
Lelaki seorg lagi yg pakai cermin mata tu hafiz nafiah eh. Dia tu mcm ada di mana2 je iols tengok  ...

Tiga-tiga pakai cermin mata.  Yang bulat tu suami Julie Ms Manager, yang rendah sikit tu Farez Ridzwan, pelakon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:17 PM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-8-2020 12:22 PM
benda2 mcm ni kena volumes hebat...ambik murah jual tinggi sikit kat cust..boleh huntong.

Nak volume kena ada central kitchen yang industrial, kalau setakat kat rumah payah juga.

Kat mana diorang process sambal ni??  Berapa ramai helper?

Nampak kat IG Farez dah masuk set baru, jadi tinggal Sepol & dak Amir ajelah sekarang memasak.  Masak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:19 PM | Show all posts
adelea replied at 8-8-2020 12:20 PM
dia jual kat BAOFC je or to public ? ...

Public boleh beli dengan ajenlah KakaAdel.

KakaAdel dah test sambal tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa org lg suka sambal kering dari sambal berlinang minyak gitu.. (i nmpk dlm botol tu mcm minyak je kat atas)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list