Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1153
View
38
Reply

[Tempatan] Kalau barangan runcit, pengguna pilih kedai Aceh. Kalau kedai makan, pengguna pilih kedai mamak. Kenapa? sebab service cepat, mudah walaupun mahal!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-8-2020 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa mahal tetapi pelanggan tetap ramai
    Oleh Mohamad Hafiz Bin Yusoff Bakri
    4 Ogos 2020, 12:00 pm


MUKADIMAH

BANYAK rungutan timbul terhadap kedai Aceh khususnya harga barang yang didakwa mahal terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Rata-rata pengguna menyifatkan kenaikan harga sebagai cubaan mengambil kesempatan. Namun, rangkaian kedai Aceh yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di kebanyakan taman perumahan di
Selangor dan Kuala Lumpur tetap dikunjungi ramai di sebalik dakwaan harga barangnya tahap mencekik darah.

Wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI membuat tinjauan di beberapa kawasan termasuk Kampung Dato Harun, Gombak dan Selayang.

Berdasarkan pemerhatian, harga barangan keperluan harian se perti sayur, ikan dan ayam lebih mahal berbanding kedai runcit lain atau pasar raya.

KUALA LUMPUR: Rangkaian kedai runcit Aceh semakin popular di kawasan perumahan di Lembah Klang. Walaupun harga kebanyakan barang didakwa mahal tetapi perniagaan Aceh semakin maju.

Tinjauan mendapati hampir semua kedai Aceh sentiasa dipenuhi pelanggan. Di setengah-setengah tempat, kedai Aceh menyewa dua lot kedai bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Peruncit tempatan yang cuba bersaing dengan kedai Aceh berisiko bungkus.

Seorang pelanggan, Laila Dalina Awang, 43, berkata, dia memilih membeli barang dapur di kedai Aceh kerana lokasi berdekatan dengan rumah selain seribu satu barang disediakan.

Katanya, dia menyedari harga kebanyakan barang lebih mahal berbanding di pasar raya atau kedai lain tetapi lebih selesa membeli di kedai Aceh.

Saya pernah beli sebiji tomato dengan harga lebih RM1. Saya beli juga sebab berurusan dengan kedai Aceh mudah dan cepat.

Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran jika lokasi rumah dekat, katanya yang tinggal di Kampung Dato Harun di Petaling Jaya.

Rafieda Shaza Amira Zulkeplee, 25, pula berkata , dia hanya ke kedai Aceh ketika terdesak untuk mendapatkan barangan.

Biasanya saya membeli stok barang di pasar raya kerana harga di kedai Aceh memang mahal tetapi barang ditawarkan segar, katanya dari Selayang.

Kata Rafieda Shaza Amira, kadangkala dia terfikir bagaimana kedai Aceh boleh menjual barang dengan harga mahal tetapi tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Bagi Mohamad Nazme Aziz, 33, operasi kedai Aceh sehingga pukul 2 pagi menjadi salah satu faktor ia menjadi pilihan pelanggan.

Sudah tentu kedai Aceh menjadi pilihan pada waktu tengah malam kerana lebih murah berbanding dengan kedai serbaneka 24 jam lain, jelasnya dari Hulu Kelang.

Selain itu, katanya, kebanyakan keperluan boleh didapati di kedai Aceh, jadi pelanggan tidak perlu ke pasar raya yang jauh dari rumah. C UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-8-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli barang skrg kedai Melayu yg buat servis penghantaran kat rumah. Harga barang berpatutan.. Utk makan pulak.. Biasanya aku beli dari Lan Nyior Nasi campur kalau kat foodpanda....sekali sekala makan Nasi Kandar Melayu Jamil.. Atau layan cafe hipster utk makanan barat.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2020 12:34 AM | Show all posts
sarah82 replied at 5-8-2020 12:31 AM
Aku beli barang skrg kedai Melayu yg buat servis penghantaran kat rumah. Harga barang berpatutan.. U ...

area Jitra ada cafe hispter?
ingatkan warung kopi je byk


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 5-8-2020 12:34 AM
area Jitra ada cafe hispter?
ingatkan warung kopi je byk

Ada ja.. Grab & bite dan nenda.. Harga boleh la sekali sekala mkan.. Grab & bite aku suka nasi arab depa.. Cuma setahun sekali saja la depa buat time Ramadhan.. Nenda pulak aku suka kopi depa....lagi satu Hootan.. Yg ni aku suka makanan korea depa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah kedai runcit melayu :

1. Barang tak banyak (jual barang asas je)
2. Jenama pun ada 1,2 je utk 1  jenis barang...
3. Tokey kedai lambat restok klu abis.
4. Kadang2 xde duit pecah... bg rm50 pun meragau2 cari duit baki... siap sound customer " xde duit kecik ke?"..
5. Jual barang kering, barang basah takde...
6. Jajan pun jenis jajan murahan yg beli kat kedai eco pastu jual semula
7. Takde chiller... hmm... kalau ade pun xsejuk...
8. Dlm kedai dok bertenggek anak beranak tokey...makan minum situ... segan la customer  nak masuk.
9. Tokey busy body tanya rumah kat mane  la, itu la ini la...
10. Takde plastik besar... eh.... ko dah kenape kedekut sangat ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-8-2020 12:37 AM
Ada ja.. Grab & bite dan nenda.. Harga boleh la sekali sekala mkan.. Grab & bite aku suka nasi ara ...

cik sarah tak rajin masak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 5-8-2020 12:46 AM
cik sarah tak rajin masak ka?

Iols makan seorg.. Jadi bila masak asyik buang nasi saja.. Tapi bila anak tok balik ramai2..iols suka masak sebab ada org ramai utk makan masakan iols.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 5-8-2020 12:45 AM
Masalah kedai runcit melayu :

1. Barang tak banyak (jual barang asas je)

So far kat kedai Melayu iols beli.. Dah hampir jadi mini tesco... Segala mak nenek barang ada.. Cuma dia x masukkan lagi gas dalam stok dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling baik  dan jimat beli kt kedai whole sale dan simpan bhn kering utk sebulan.rempah ratus, sayor, bawang cili aku simpan dlm peti sejuk.bhn basah beli semingu sekali dipasar borong dkt rumah aku dn simpan dlm freezer. kedai Aceh aku memang tak masuk kecuali kalu terdesak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:59 AM | Show all posts
x pernah masuk kedai aceh..
lg pun aku tinggal kt area mines, x wujud kedai aceh
kalau ada pun aku x masuk kut bukan pilihan..
kedai mamak kalau nk makan pun bukan pilihan
sbb x suka maknan mamak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:12 AM | Show all posts
kedai Melayu ambik untung dekat sekali ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:14 AM | Show all posts
Ini aku dah tahu lama...... Pelanggan suka benda yang mudah dan cepat, bukan yang remeh2.. Pengalaman aku gi kedai melayu, beli barang harga RM9 aku hulur duit RM10.. Dia kata takde duit pecah.......Geleng kepala aku.. Pegi kedai makan melayu.. order dah setengah jam, bila tanya "saya punya order makanan mana, dah siap ke belum" yg tukang order tanya balik "Cik order apa tadi?"......

Korang boleh ambil contoh yang paling besaq, kenapa Google lebih berjaya dari Yahoo.....

Hang gi google.com dan hang pi yahoo.com

mana yang lebih mudah?

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 5-8-2020 08:21 AM

Setahun ada ler 5-6 kali je masuk kedai mamak, eh tp bukan mamak nasi kandar tu... nasi daun pisang lauk mcm2 tu sedap betul indian food.... mamak roti canai gitu i never went there... yucks, mcm lauk basi and overcooked..

Kedai acheh mmg i pergi untuk beli tempe dan kacang bendi sahaja.... lain2 sayur semua tanam sendiri i.e. bayam, kangkung, cilipadi, bunga telang, daun sup, ketumbar, bunga kantan, kesom, daun thai basil , cili merah, limau kasturi, limau purut, lemon, daun kari, serai, daun pandan, asparagus, kacang panjang, daun bawang, daun kunyit, garlic.. eh banyak nya, prolly bleh bukak kedai runcit tepi rumah ni cukup supply satu taman hahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 5-8-2020 08:25 AM

Jarang sangat2 makan kat luar.... usually i cook at home especially sejak WFH arrangements until further notice ni.... anak, suami suka makan nasi... masak simple2 sahaja  and kebetulan kawan2 jiran2 suka kasi lauk pauk utk dimasak, mementang diorg tau i duk rumah skang ni... tempoyak ada 2 tabung kat dlm peti ais.. lama gak nak abes ni sbb gulai tempoyak sekali seminggu i buat, and kami bertiga je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:49 AM | Show all posts
i suke makan mamaks sbb cepat dan x byk songeh. panggil la nyk kali pon ok je layan. kalau kedai melayu dgn muke masam nye dgn lembabnye dgn salah ordernya eeeeiiiii

tapi laki aku x makan mamak so die sanggup tunggu setengah jam, nasik goreng je pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:51 AM | Show all posts
barang basah mmg suka g kedai acheh, kedai melayu x byk barang pastu kotoqqq. kat area gombak tu dlu rajin beli kt kedai kelate tu walau kotor, sekali beli telor sepapan sume tembelang tobat dah nak beli situ teros p beli kedai aceh murah dan semua ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:51 AM | Show all posts

haha..kedai melayu, exp. yg aku lalui kat kampung wa di selatan tanah air:

1) cashier (tokey) bergosip ngn customer..tokey tu pakcik tua ye..kalau 5 org yg dia kenal, masak ah menunggu diorg bersembang...jilake shial

2) asal bagi duit besar je mencebik tanya xde duit kecik ke..nanti wa repeat dtg shopping lagi kang wa bawak duit siling RM50 buat belanja, baru lu ada akai..

3)  penah beli air gas jenama CC dlm freezer, kat botol tu mmg dari kilang harga fix RM3.00 masa tu tak silap wa...time nak bayar kedai charge aku 30 sen, alasan sbb air tu disimpan dalam freezer, so dia sejuk..jadahnya...dah amik tak kan nk letak balik kan sbb 30 sen..tapi tulah 1st time face org jual air cmtu..nak komplen kang kata dengki..

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:59 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 5-8-2020 09:02 AM

pahit tapi nyata

kedai aceh area aku ada 3..ramah2 budaknya dan cepat aje nolong
tapi skrg dah malas nak pegi sbb ada pakcik rela jaga kat depan kedai
kalau pegi pagi2 ikan punya la segar rasa nak borong ..
harga wise aku rasa sama je..takde la mahal nau
ada kot beza sikit tapi aku dapat barang segar2 & dekat rumah
compare nak gi market..nak kena q bagai..minyak lagi..parking horrible

kedai hat melayu ada belah atas sikit
owner macam islamic tapi maki2 pekerja depan aku
pastu bila nak bayo takde orang kat counter..jenuh tunggu
staff yg hade pun tak mandang asik main henpon
pastu bila org tak pegi kedai ko kata kita tak sapot melayu
dah ko meniaga pun macam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:12 AM | Show all posts
kedai aceh ni sesuai tuk beli barang sikit-sikit skali beli...
klu nak beli skali banyak mmg akan pergi supermarket terus...

kelebihan dia:

1. barang banyak..1 brg ada 2-3 jenis
2. stok sentiasa ada
3. ada jual brg basah (sayur dan ikan)
4. sentiasa ada duit kecik tuk ditukar..
5. buka 24jam (sblm pkp)..skrg ni buka 7am-12am..
6. kurang bergosip
7. tak perlu beratur pnjg nak masuk kedai
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:32 AM | Show all posts
mana2 tempat, servis mesti mau cun.

kalau muka kau mencuka, sekali tu je la aku masuk kedai kau.

kedai cina kalau dapat yang ramah tu, ya ampun, kau nak beli gula sekampit pun blh sangkut kemain lama.

lagi satu nak habaq, kalau kedai cina, kedai aceh ni, supplier suka hantar barang sebab payment cantik. tu pasal meriah.

kedai melayu, india..nak dpt payment sgtlah susah, padahal barang yg kau supply dah habis dijual. tapi dia takleh nk bayar.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list