Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
3095
View
46
Reply

[Tempatan] Kes cabul doktor pelatih: Polis tangkap tokoh aktivis

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-7-2020 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Kes cabul: Polis tangkap tokoh aktivis

https://www.malaysiakini.com/news/533726

Diterbitkan 9 Jul 2020, 9:10 pm
Dikemaskini 9 Jul 2020, 9:23 pm



Polis telah menangkap seorang tokoh aktivis NGO susulan dakwaan mencabul seorang doktor pelatih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam suatu kenyataan memaklumkan penangkapan aktivis lelaki berusia 50an itu petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek... telah ditangkap pada hari ini 9 Jul 2020 petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin," katanya.

Terdahulu polis Kuala Lumpur juga mengesahkan telah menerima satu laporan polis yang dibuat pada 17 Februari 2020 oleh seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun yang merupakan seorang doktor pelatih.

"Setelah membuat laporan Polis tersebut, pada awalnya, pengadu tidak mahu meneruskan tindakannya. Kemudian, pada 7 Julai 2020, pengadu meminta pihak polis untuk meneruskan siasatan.

"Menurut laporan pengadu, pada 4 Nov 2019, jam lebih kurang 12.00 tengahari, pengadu telah dicabul oleh suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu di dalam bilik pejabat suspek di sebuah hospital di Kuala Lumpur," kata kenyataan polis pada hari ini.

Menurut Mazlan, mangsa mendakwa lambat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya akan musnah memandangkan suspek adalah penyelianya serta seorang yang berpengaruh.

"Polis menasihatkan mangsa kes sebegini agar tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada sesiapa yang terlibat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mencabul kehormatan.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 12-7-2020 12:19 AM | Show all posts
Aktivis NGO alu-alukan siasatan, nafi dakwaan mencabul

https://www.malaysiakini.com/news/533725

Alyaa Alhadjri & Aidila Razak

Diterbitkan 9 Jul 2020, 8:57 pm
Dikemaskini 9 Jul 2020, 9:20 pm



Seorang aktivis NGO terkemuka yang dituduh melakukan gangguan seksual telah menolak dakwaan tersebut dan mengalu-alukan siasatan polis terhadap perkara itu.

Menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan berniat jahat, aktivis itu berkata dia tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai laporan polis yang dibuat oleh doktor pelatih yang mendakwa dicabul pada tahun lalu.

Sejak laporan doktor pelatih disebarkan kepada umum, individu lain tampil mendakwa aktivis itu telah mencabul mereka sejak tahun 2014 lagi.

"Oleh kerana nampaknya ada laporan polis mengenai hal ini, saya tidak dapat memberikan komen," katanya ketika diminta untuk mengulas beberapa laporan mengenai dakwaan kejadian gangguan seksual.

"Tetapi saya mengalu-alukan sebarang penyiasatan kerana ini akan menjadi peluang bagi saya untuk membersihkan nama saya.

"Saya ingin mengatakan bahawa saya dengan tegas menolak tuduhan jahat ini.

"Tuduhan tidak berasas ini dilakukan oleh tidak lain daripada 'xxx' yang tidak berpuas hati dengan saya," kata aktivis itu, yang mendakwa bahawa penuduhnya menyimpan dendam setelah kalah saman sivil.

Sumber polis semalam mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa siasatan telah dijalankan tetapi enggan mendedahkan perincian, termasuk jumlah kenyataan yang telah direkodkan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama aktivis tersebut kerana kes itu belum dibawa ke mahkamah dan untuk melindungi identiti pengadu.

Bercakap kepada Malaysiakini, salah seorang pengadu menyifatkan aktivis itu ibarat bapanya yang kononnya menunjukkan kasih sayang secara beransur-ansur menjadi gangguan.

"Saya memandunya ke sana ke mari, dan dia akan berkeras untuk duduk di kerusi depan. Semasa kami bercakap, tangannya akan meraba paha saya dan mengusap kaki saya.

"Saya tahu apa yang berlaku kepada saya mungkin tidak seburuk yang lain," tambah pengadu.

Jelas pengadu, dia akhirnya membuat laporan polis terhadap aktivis itu berikutan perselisihan yang tidak didedahkan yang menyebabkan pengunduran dirinya daripada NGO tersebut.

Bagaimanapun, dia mengaku telah dinasihatkan oleh seorang pegawai polis pada waktu itu untuk menggugurkan dakwaan gangguan seksual tersebut kerana "sukar dibuktikan".

Sejak itu, pengadu berkata dia berusaha untuk melupakan kisah itu dengan harapan keadilan akan dapat ditegakkan.

Secara berasingan, bekas kakitangan lain yang bekerja di NGO itu selama dua tahun mendakwa dia tidak mengalami perkara yang tidak diingini melibatkan aktivis tersebut.

Dia berkata dia tidak pernah mendengar kejadian seperti itu berlaku, tetapi juga dia telah mengundurkan diri selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum individu-individu yang mendakwa diserang secara seksual menyertai organisasi tersebut.

"Saya tidak mengatakan tuduhan itu tidak berlaku tetapi ia tidak pernah berlaku kepada saya.

"Sekiranya ada kejadian seperti itu semasa saya di sana, saya pasti perkara itu akan dibangkitkan dan dibincangkan di antara kami," katanya.

Bekas kakitangan itu berkata keputusannya untuk meninggalkan organisasi itu dibuat berikutan perselisihan peribadi berhubung pendirian yang diambil oleh organisasi mengenai isu-isu tertentu.

Sejak meninggalkan organisasi itu, bekas kakitangan itu berkata dia telah memutuskan hubungan dengan organisasi tersebut, dan hanya diberitahu mengenai dakwaan berkenaan oleh rakan-rakan dan pihak media yang menghubunginya untuk meminta penjelasan.

Sebagai maklum balas segera, Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Kesaksamaan Gender (JAG) mengeluarkan kenyataan pada semalam, menggesa supaya pertubuhan tersebut melakukan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

[] Tindakan sewajarnya harus diambil untuk memastikan privasi pengadu dan keselamatannya terjamin sepanjang proses siasatan.

Pihak yang didakwa juga harus digantung sebarang tugas rasmi sehingga proses siasatan tamat. Ini bagi memastikan siasatan berjalan secara adil, kata kenyataan itu lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:20 AM | Show all posts
Gay lagi....

apa lah nak jadi....

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape aktivis tu?? Bapaknya sameah ke???
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspek ni doktor ke bukan doktor?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspek ada bilik pejabat di hospital. NGOk apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
noradaniez replied at 12-7-2020 12:40 AM
Sape aktivis tu?? Bapaknya sameah ke???

Bukan kot. Umur 50an.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip x leh lawan lelaki lumpuh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
takde hint ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa ehhh.. tertanya2 aku.. aktivis ni dikenali, dan pernah menang saman sivil..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss ada baca komen kat FB haritu. Tak tau la betul ke tak okt.
Search nama farouk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 12-7-2020 07:14 AM

Seorang yg berkerusi roda tidak semestinya tidak Gay........... OK. Walaupun mengikut balaci Nuart dalam kes liwat Saiful........ kenapa Saiful tak tolak je orang tua (Nuart)  tak berdaya bila jubor dia dirodok olih siTua tu....... serupa je lah mcm kes ni. Dia tak tahu  bila gay dah stim.... tua ke, atas kerusi roda ke....... semuanya bisa Pak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingtkn yg lumpuh pinggang ke bwh dah xde nafsu sbb dah x brfungsi.....bahaya betul skrg ni ye....btw dah mcm kes liwat pm tepi plak....mangsa2 semua muda n brtenaga tp x mampu tepis diri drpd diliwat....eh peliknye ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols cuma mampu ketawa kecil je.... Hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 12-7-2020 01:21 AM
Motip x leh lawan lelaki lumpuh?

Aku rasa.. Dr pelatih tu kena spank. Lps tu terkaku.. Cabul kan.. Ohmai GGGGGGG.

Lelaki pun perempuan kena protect skrg
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat lah gay ni

Bila dah stim elok2 lumpuh terus boleh berjalan kot. Apa sangat lah kalau setakat orang tua kan...


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca link forumer atas bagi.. Si farouk ni geng liberal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list