Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
467
View
6
Reply

[Tempatan] PERKONGSIAN TIPS. Tabung A,B,C! Tip ‘jaga modal cara suri rumah’

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-7-2020 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Nak bisnes kena ada tabung A,B,C! Ramai terinspirasi dengan tip ‘jaga modal cara suri rumah’... dah tentu tabung C paling diminati - Viral | mStar
Sabtu, 11 Julai 2020 2:00 PM
3-4 minutes



SETIAP individu, tambahan pula yang sudah berkeluarga perlu mempunyai amalan pengurusan kewangan yang betul.

Lemah pengurusan kewangan, tidak mustahil ahli keluarga terpaksa mengikat perut sebelum tiba hujung bulan.

Malah kesan yang lebih buruk, keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan rumah tangga, silap-silap haribulan boleh 'melayang pinggan mangkuk' dibuatnya.

Begitu juga halnya dengan pengurusan kewangan sesuatu perniagaan, yang sudah pastinya melibatkan jumlah wang yang besar.

Tidak kiralah sekiranya perniagaan yang diusahakan hanya kecil-kecilan, namun amat penting untuk mempunyai pengurusan kewangan yang betul.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pelayar bernama Mahura Ismail berkongsi tip pengurusan kewangan bagi mereka yang menjalankan perniagaan, yang dinamakan 'tip jaga modal cara suri rumah'.


Seorang pelayar Facebook berkongsi tip untuk mereka yang menjalankan perniagaan.

Menurut pelayar ini, asas yang paling penting adalah setiap isi rumah berkenaan wajib menyediakan tiga jenis tabung yang berbeza.

Pelayar ini menerangkan, setiap tabung mempunyai peranan yang berbeza.

"Wajib ada tabung A, B dan C iaitu tiga tabung. Bila dapat hasil jualan, modal masukan balik tabung A. Lebihannya dibahagi kepada dua dan dimasukkan ke dalam tabung B dan C.

"Tabung A adalah tabung modal, tabung B adalah untung jualan dan tabung C adalah gaji bersama," tulisnya pada perkongsian tersebut.


Sama ada keluarga mahupun perniagaan, kedua-duanya memerlukan pengurusan kewangan yang bijak. Gambar hiasan

Terangnya lagi, setiap isi rumah dilarang untuk 'menyentuh' wang yang berada di dalam tabung A dan B melainkan ia untuk 'restock' barang sahaja.

"Jika terguna wajib ganti," tulisnya.

Sementara itu, tabung C pula dikhususkan untuk kegunaan bebas sama ada untuk perbelanjaan sampingan atau sebagainya.

"Tabung C adalah gaji atau dikenali duit enjoy. Boleh decide nak amik seminggu sekali atau sebulan sekali.

"Tak percaya buat la. Disiplin okay. Anda Akan dapat hasilnya," tulisnya lagi.


Antara komen netizen yang turut terinspirasi dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 516 shares dan dihujani ratusan komen netizen yang rata-ratanya terinspirasi dengan tip yang dikongsikan pelayar berkenaan.

"Baru betul buat macam ni. Tak adalah nak pulun buat jualan," tulis seorang netizen.

"Pernah buat masa buat business kecik-kecik dulu sebelum dapat kerja hakiki. Malah boleh tampung komitmen macam orang makan gaji tiap bulan. Boleh bayar duit kereta, boleh bayar bil astro, air, api, enjoy makan sedap-sedap," tulis seorang lagi netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 12-7-2020 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib bukan dr fake degree
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:37 AM | Show all posts
dlm idop ni yg penting pandai urus

tak kira la kewangan ke apa

nak pandai pulak kena la berdisplin tinggi


tak pandai urus & displin tu yg kelaut idop
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-7-2020 09:44 AM | Show all posts
asas urus kewangan ialah pandai manage kad kredit
tgk berapa kali mampu bagi ZERO amount statement
ni bukan kes yg kad kredit yg company bayarkan
ni kad kredit individu punya
kalau cekap
memang bagus la manage financial
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:02 PM | Show all posts
& dari tabung C pula blh cuba bahagikan pendapatan diri dgn 50/30/20 rule
50% keperluan asas 
(sewa rumah, loan kereta, barangan dapur, insurans)
30% kehendak, kemewahan/ keinginan 
(gym, makan di luar, Netflix)
20% simpanan/bayaran balik hutang 
(asb, tabung kecemasan)

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa tahun tertunggak dapat air rm 98 hengget dalam bil?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols is setuju cara ni...
Sebab iols buat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list