Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5415
View
92
Reply

SITI NORDIANA PILIH FIKRY IBRAHIM SEBAGAI HERO MV

[Copy link]

Author: Cikediss       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-7-2020 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Nana tetap pilih Fikry
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet






KUALA LUMPUR: Selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, kerjaya penyanyi, Siti Nordiana, 36, kembali bernyawa, malah sambutan diberikan terhadapnya berganda kerana berjaya mengumpul peminat dalam kalangan generasi baharu.

Seiring kematangan usia pembabitan dalam bidang nyanyian, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana terus memperlihatkan anjakan dalam kerjaya. Ia sekali gus menjadikan Nana bukan saja diminati sebagai penyanyi, malah pelakon dan pengacara.



Tidak keterlaluan jika dikatakan, perjalanan kerjaya Nana kini bagai sudah tersusun cantik. Satu persatu kejayaan dicapai membuktikan kerja keras dan semangat tidak pernah putus asa dalam diri.

Bagi mencipta kelainan, Nana bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Angkara ciptaan Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya dan Nana.

Sebelum melancarkan single Angkara, Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.

Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab. Menariknya, episod keempat juga adalah video muzik penuh Angkara.

Episod pengenalan sudah ditayangkan pada 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Nana berkata, idea timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, suka menonton filem pendek di laman YouTube.

"Saya tak pernah buat seperti ini, selalunya 'countdown' dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya, ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya mahukan kelainan dan sentuhan drama buat peminat.

"Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek terlebih dahulu, barulah boleh tahu isi cerita video muzik penuh.

"Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ, saya cuba untuk menggunakan konsep sama dalam video muzik kali ini," katanya kepada BH Online.

Nana yang juga bintang drama Dia Semanis Honey berkata, jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.


Antara babak Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim dalam drama pendek video muzik Angkara. - Foto Siti Nordiana

"Awalnya, saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik. Dengan bantuan pengarah, Seventeen Eleven Music dan saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.

"Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka. Orang kata barulah ada variasi," katanya.

Teristimewa buat peminat Nana, video muzik Angkara menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.

"Pengarah nak muka 'bad boy' dan ala-ala 'playgirl'. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia adalah rakan yang sangat mudah mahu bekerjasama. Berurusan dengannya tidak banyak kerenah.

"Fikry sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Bagaimanapun, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.

"Dia, pelakon yang sangat memberi. Jika tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada," katanya.

Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai, manakala ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai ini. Serentak dengan itu, ia dilancarkan bersama single Angkara.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-7-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu nana pilih fikry jd teman hidup pun apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dari Fedtri biasanya puitis
Bagus bt drama pendek mcm tu..
Jd rasa yg nk di sampaikn dlm mv official tu nnti smpai
Sedikit sebanyak memberi hadiah kepada peminat atas sokongan x berbelah bahagi sblm ni..
Blh tngk artis yang diminati beraksi lbh lama dlm layar skrin
Xde la asyik2 gedebuk keluar lagu terus
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hang kawen je la dgn Fikry tu cik Nana oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Insyaallah..meols dpt rase lagu ni bakalan hits..btw meols harap sngt lagu ni smpt dicalonkan dlm muzik muzik thun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tngk short film ni
Sedap intro lagu baru CtNana
Cepat menangkap

Xtahan gelak part Fikry ckp " I'm coming..Come to papa"
Dari rasa geram dgn watak yg heolls bwk,terus rasa sengal tul hg ni Fikry..hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala nana hang mmg dah suka fikry kannnn netizen pon restu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 6-7-2020 05:04 PM
Insyaallah..meols dpt rase lagu ni bakalan hits..btw meols harap sngt lagu ni smpt dicalonkan dlm mu ...

Harapan meols pun cmtu.  Takmau laa cm satukan rasa.  Marketing je gempak.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana segar malar belakon dgn macam2 hero macam2 zaman still menjadi. Terbaik aura heshe
Fasha pun dah amik watak lebih matang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek replied at 6-7-2020 05:09 PM
Ala nana hang mmg dah suka fikry kannnn netizen pon restu

Dlu bukan ade forumer ke ckp dorg pernah hampir nak bercinta time ggv tpi x sempt nak berputik Sebb  mak Fikry x restu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benang nana, mesti pasal pilih jantan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:39 PM | Show all posts
i baru perasan yg muka arwah Faizal Yusuf, bekas laki Nana nak sama dengan muka Adam Lee. ada la iras.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 6-7-2020 05:25 PM
Kalau benang nana, mesti pasal pilih jantan..

Okay la dari Cite jantan nak jantan kan pelik bunyiknye
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 6-7-2020 06:04 PM
Okay la dari Cite jantan nak jantan kan pelik bunyiknye


Siapa tu? Mesti dia seorang yg berkarisma dan penuh daya tarikan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 6-7-2020 05:22 PM
Dlu bukan ade forumer ke ckp dorg pernah hampir nak bercinta time ggv tpi x sempt nak berputik Seb ...

Harap itu kabar angin semata,  sebab time ggv dia dok berkakak lagi kan masa tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la tua..janda pulak tu. Mcm x kena je nak sweet sweet dengan budak muda. Dah nmpak mcm anak ikan ke apa. Mmg selayaknya lah mak Fikry x luluskan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kancilkering at 6-7-2020 06:53 PM
ashilalat replied at 6-7-2020 06:24 PM
Dah la tua..janda pulak tu. Mcm x kena je nak sweet sweet dengan budak muda. Dah nmpak mcm anak ikan ...


hamboi...
tapi kalu i emak fikry i pun kurang redha....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 6-7-2020 06:24 PM
Dah la tua..janda pulak tu. Mcm x kena je nak sweet sweet dengan budak muda. Dah nmpak mcm anak ikan ...

Biar janda takpe asal reti jaga diri dari anak dara tapi dok terkinja kinja rupa monkey..hahaha.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakis replied at 6-7-2020 06:52 PM
Biar janda takpe asal reti jaga diri dari anak dara tapi dok terkinja kinja rupa monkey..hahaha.

Cuolss mesti pengeship fikrynana kan..mesti salah sorang org kuat dlm fc tu..deols kan suka ship fikry nana
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
missmeornot replied at 6-7-2020 07:35 PM
Cuolss mesti pengeship fikrynana kan..mesti salah sorang org kuat dlm fc tu..deols kan suka ship f ...

Setahu meols FC Nana bukan pengeship ..dorg akan support ape pon produk Nana lakonan nyanyian..yg pengeship tu bukan FC Nana ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list