Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2919
View
61
Reply

Sampai Mahu Ambil Nyawa Sendiri, Mina Dedah 10 Tahun Dibuli Jimin Semasa Aktif Dengan Kumpulan AOA

[Copy link]

Author: Fly_over    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-7-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Fly_over at 5-7-2020 11:25 PM


meskipun kumpulan idola nampak gah dan rapat seperti keluarga di hadapan kamera, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya di belakang tabir. Mina bekas ahli kumpulan AOA mendedahkan bahawa dia membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut kerana dibuli selama 10 tahun semasa bersama mereka.

Luahan panjang ini bermula apabila ada individu durjana yang menghantar mesej Pergi mati perempuan jal*** ke laman Instagram miliknya.

Saya pun mahu berambus juga tetapi saya perlu menjaga ibu saya. Ah, pasti saya akan mendapat banyak DM mengatakan yang saya ini tak ada otak. Benar, saya memang tak ada otak dan saya tak pernah belajar apa-apa dalam kehidupan ini secara baik. Saya perlu mencari rezeki sejak muda lagi kerana situasi keluarga yang tidak mengizinkan.

Selepas ayah saya meninggal, ada seorang kakak yang tarik saya ke dalam almari dalam bilik menunggu lantas mengatakan bahawa saya merosakkan mood semua orang dan saya cuba memberitahunya bahawa saya takut apabila mendengarkan ayah saya akan mati. Saya tak boleh lupa apa yang yang dikatakan pada saya ketika itu. Kes buli lain? Kata-kata kasar lain? Semuanya saya boleh terima. Ia meninggalkan luka yang mendalam pada saya sehingga saya berpura-pura tidur selepas mengambil ubat penenang dan pil tidur semasa kami masuk ke kereta bersama-sama. Saya perlu melakukan yang terbaik ketika bekerja tetapi saya berasa seperti mahu hancur. Saya juga pernah cuba ambil nyawa sendiri kerana kakak itu.

Sejujurnya saya tak kisah kalau tiada siapa yang hormat saya sebagaie idola atau pun pelakon. Saya tahu saya teruk, saya sedar saya tak pandai buat apa pun. Tetapi saya sangat gembira dan telah berusaha segigihnya. Saya masih lagi suka bekerja dalam bidang ini. Saya tak pernah tertekan ketika bergelar sebagai idola dan sebenarnya saya tak mahu pun tinggalkan AOA, tetapi disebabkan seseorang yang bencikan saya, saya putus asa selepas 10 tahun menahan diri daripada dibuli olehnya. Dan kesudahannya, saya mahu berpatah balik dan mencaci dia.

Akhirnya, saya lepaskan AOA. Saya seronok melakukan promosi dengan ahli AOA yang lain. Tetapi selepas ayah kepada kakak tersebut meninggal, saya berasa sangat sedih dan janggal. Saya tahu apa yang dirasainya. Apabila saya ke majlis pengebumian ayahnya, dia datang kepada saya dan menangis, memohon maaf kepada saya. Saya berasa sangat tak puas dan hati saya betul-betul hancur.

Kesemuanya tinggal kosong selepas itu. Saya berasa okay. Saya lupakan rasa bersalah itu tetapi pada ketika itu, saya dah terlalu hancur. Saya takut. Saya banyak masa kini dan saya mahu belajar beberapa perkara baru, mungkin dapatkan rawatan kepada masalah kemurungan dan kerisauan. Tetapi siapa sangka, sepanjang berehat, banyak perkara lain yang berlaku.

Saya sangat penat. Awak tahu apa yang dikatakan netizen di atas talian? Mereka tanya saya ingat saya siapa? Tiada siapa mahu dengar apa yang saya mahu lakukan, tiada siapa yang mahu berjumpa dengan saya. Pun begitu, bukannya saya meminta untuk lahir dan saya ada mulut, tangan tetapi saya tak boleh kawal apa-apa pun tetapi saya mahu hidup kerana ibu saya.

Saya tak kisah kalau anda tak sukakan saya dan saya okay kalau awak tak nak beri perhatian pun kepada saya. Tolong tinggalkan saya sendirian? Sebab saya tahu semua salah saya.

Mina kemudiannya memuat naik satu lagi entri mengenai kes buli yang dikatakannya dalam entri sebelum ini.

Kenapa saya tulis mengenai kakak itu dalam AOA? Saya tahu ayah saya akan meninggal dunia selepas mereka menyampaikan bahawa dia sudah berada pada peringkat terminal kanser pankreatik.

Tetapi pada ketika itu, saya risau dia akan memarahi saya lagi. Saya juga sedang berlakon pada ketika itu dan dalam masa yang sama kami juga bakal kembali dengan album baru, saya tidak mahu menyusahkan ahli yang lain disebabkan oleh jadual yang padat. Saya perlu menghafal skrip dan terus tersenyum, jadi saya rasakan saya tak mahu fikirkan mengenai ayah saya sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. Saya tak dapat masuk ke dalam biliknya pun, sebab kalau saya masuk dan lihat tubuh badannya yang hanya tinggal tulang dan kulit sahaja memandangkan kansernya sudah berada pada peringkat terakhir. Sudah pasti saya akan menangis. Kakak saya telah menelefon dan memberitahu yang ayah sudah tidak mampu bercakap dengan baik namun dia mahu berjumpa dengan saya.

Tapi dalam kepala saya, saya berfikir bagaimana sekiranya saya menangis ketika sedang menjalankan penggambaran. Bagaimana kalau kakak tersebut memarahi saya lagi? Saya terlalu muda dan saya merasakan yang saya patut bertindak sebegitu. Saya sangat tak suka sekiranya dimarahi. Walaupun mempunyai peluang untuk melawatnya selalu tetapi saya tak pergi. Apabila ayah saya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir, saya hanya melepaskan dia pergi. Di sebelahnya terdapat buku lukisan yang ditulis Mana anak perempuan saya? untuk ditunjukkan kepada jururawat, namun saya tidak datang kerana perlu bekerja.

Tetapi saya asyik terdengar cerita bahawa mereka benarkan keluarga kakak untuk tinggal di wad VIP dan batalkan semua jadual seninya. Saya harap ia bukan perkara yang benar. Kakak juga patut boleh menahannya seperti seorang profesional. Jangan menangis, okay? Nanti rosak mood. Awak juga yang cakap kenapa semua orang perlu risau disebabkan saya seorang. Saya berharap agar kakak dapat melaluinya juga. Saya tak akan lupa apa yang awak katakan pada saya, apa yang awak buat, saya ingat semuanya, walaupun sedikit samar.

Apabila saya teringatkan semua itu, saya terpaksa menelan ubat dan bertahan. Tetapi saya rasa hal mengenai ayah saya akan kekal buat selamanya. Buat kakak, ia adalah perkataan yang dilontarkan tanpa berfikir tetapi bagi saya, ia adalah luka yang sangat mendalam.

Pada akhirnya, kita ada bersembang 5 minit sebelum saya pergi, saya ada ceritakan pada awak mengenai hal tersebut. Awak boleh merenung saya dan kata Saya tak rasa saya jahat sangat sampai akan keluarkan kata-kata seperti itu? Tetapi ada seorang ahli lain yang menguatkan semangat saya dan mengatakan bahawa memang benar kakak ada bercakap sedemikian. Saya sangat terkejut sampai tak terkata, cuma terfikir, Adakah dia seorang manusia?.

Sejujurnya, saya tidak bijak jadi ingatan saya juga teruk tetapi banyak perkara yang saya ingat mengenai kakak. Tapi saya hanya akan sentuh mengenai satu perkara. Saya telah menulis atu perjanjian membatalkan kontrak dengan agensi C bagaimana kalau mereka meminta ganti rugi? Saya langsung tak beritahu satu hal pun C jadi pasti okay kan? Terima kasih kepada kakak, saya kini terpaksa menelan beberapa pil sehari dan pergelangan tangan saya dah terlalu teruk sehingga sarafnya sudah tak berfungsi dengan baik lagi. Tapi melihatkan mak saya, saya perlu terus hidup dan buat duit. Jadi saya rajin pergi mendapatkan rawatan penyembuhan dan walaupun masih trauma. Yang paling kelakar ialah sebelum saya keluar kumpulan, kami semua (AOA) keluar minum tanpa kakak hampir setiap hari. Sampai ke sudah kami tidak tahu kenapa kakak ak sukakan saya?

Tak lama selepas pendedahan ini, Jimin iaitu ketua kumpulan AOA telah memuat naik Instagram Strory yang bertulis Kisah novel namun memadam entri tersebut selepas itu.

Mungkin dengan balasan Ji-min tersebut, Mina telah memuat naik gambar tangannya yang dikelar semasa cubaan membunuh diri yang dilakukan dahulu.

Novel? Sangat menakutkan kalau ia benar adalah novel. Saya sudah lakukannya rawatan parut sebanyak 3 ke 4 kali dan ianya semakin pudar. Tetapi kakak, ingatan saya tidak pudar. Saya semakin gila hari demi hari. Ji-min C undang-undang? Saya tak ada duit untuk terlibat dengan perkara sebegitu. Saya tak boleh. Bayaran kepada kesihatan mental yang terjejas? Saya tak mahukan semua itu dan saya juga tak harapkannya. Saya cuma berasa sangat tidak adil kerana saya dihancurkan kerana awak. Ianya sangat sakit dan sangat sukar bagi saya. Saya cuma berharap agar awak mengaku kesalahan dan memohon maaf di hadapan saya. Satu permohonan maaf yang ikhlas.. itu sahaja. Awak yang menyeksa saya hidup dengan aman walhal saya merana hampir setiap hari. Tapi saya adalah tonggak utama keluarga. Mengaku kesalahan dan mohon maaf. Biar saya puas pula, hmm?

credit: kimchi daily

https://kimchidaily.my/sampai-mahu-ambil-nyawa-sendiri-mina-dedah-10-tahun-dibuli-semasa-aktif-dengan-kumpulan-aoa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-7-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 5-7-2020 11:23 PM

jimin dah keluar dr kumpalan dan menghentikan semua aktivi seni. teruk sheols kene kecam. dala pegi rmh mina mintak maaf tp mintak pisau nk bunuh diri jgk.  

nak letak gambar tak buleh la
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulak jimin keluar
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 12:55 AM | Show all posts
ni kumpulan apa ni? artis sendu atau kayu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-7-2020 12:41 AM
Bila pulak jimin keluar

Tgok dkt wiki diaorg tulis july 2020..lpas kes ni sebar la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat cite politik
Rupanya kpop
Baru lasan gosip antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak minat AOA tapi memang bodoh lah si Jimin tu sebagai leader tapi seksa mental member dia sampai masa ayah Mina tu meninggal dia tak bagi Mina pergi. Tapi bila bapak Jimin tu meninggal boleh pulak dia pergi. Pastu kat youtube dah ada compilation video Jimin ni nampak tak suka Mina. Dalam banyak2 show asal je Mina ni becakap, Jimin buat muka benci. Menyampah aku orang fake macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 6-7-2020 06:14 AM
Tgok dkt wiki diaorg tulis july 2020..lpas kes ni sebar la kot..

Kes ni macam baru 2-3 hari rasa iols. Tinggal 4 orang jelah group ni, cam tak syok pula nak tgk dia nari2 ahli tak cukup
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-7-2020 12:55 AM
ni kumpulan apa ni? artis sendu atau kayu?

kpop. yg mina tu penah kne lahar dgn pminat kt event apa tah sbb suara x power sampai nangis. suara kayu la kot pastu jimin kt sebelah nganjing buat muka cute. tak pujuk pn kawan kne lahar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-7-2020 06:50 AM
Iols ingat cite politik
Rupanya kpop
Baru lasan gosip antarabangsa

Aah...Sama la.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-7-2020 06:50 AM
Iols ingat cite politik
Rupanya kpop
Baru lasan gosip antarabangsa

kt pesbuk org ckp ingat kan kes jemin
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:24 AM | Show all posts
eh babi. muka asal ko pun serupo babi ada hati nak membuli orang?


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tweety_Senrose replied at 6-7-2020 07:07 AM
Aku tak minat AOA tapi memang bodoh lah si Jimin tu sebagai leader tapi seksa mental member dia samp ...

jimin tu mcm dengki je kt mina sbb mina lawa. sbenarnya iols xminat kpop. kalau kmovie kdrama tu layan la. tp kes deyols ni mcm drama kn tu iols nk follow. taw cerita lepas gagal bunuh matikan diri. selalu taw2 dh mati je. sedih taw dia ckp dh hancur sehancurnya
so iols nk taw knp kpop group kne ada leader chuols?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 6-7-2020 08:24 AM
eh babi. muka asal ko pun serupo babi ada hati nak membuli orang?

insecure ni mina lg lawa.. pastu dia konon2 leader suka hati je seksa team mate
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-7-2020 07:18 AM
Kes ni macam baru 2-3 hari rasa iols. Tinggal 4 orang jelah group ni, cam tak syok pula nak tgk di ...

leps jimin mtk maaf kt ig dia tula dia tinggalkan group. artis dgn politician korea mcm xtahan kne kecam kn.. kalau retis malaysia kalis kecam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 6-7-2020 08:32 AM
leps jimin mtk maaf kt ig dia tula dia tinggalkan group. artis dgn politician korea mcm xtahan kne ...

Sna kalau kes2 teruk terus umum kluar industri kn..kalau sni keluar video mcm2 elok2 je boleh blakon lg..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 6-7-2020 08:32 AM
leps jimin mtk maaf kt ig dia tula dia tinggalkan group. artis dgn politician korea mcm xtahan kne ...

Haha, teruk dorang kecam. Tapi dulu ada kes juga kpop idol mana suka buli, ramai komplen dia kena buang dr group. Mina ni dia sorang ja kot kena buli.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagu pemes diorang

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 6-7-2020 08:17 AM
kt pesbuk org ckp ingat kan kes jemin

Chuols scam porumer yah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-7-2020 08:48 AM
Chuols scam porumer yah

demi tered ptama iols. hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list