Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
360
View
0
Reply

[Tempatan] Tak dilarang TAPI tak digalakkan warga emas, kanak-kanak ke shopping complex

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-7-2020 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Tak galakkan warga emas dan kanak-kanak kunjungi tempat awam
    myMetro>mutakhir
Muhaamad Hafis Nawawi


"JIKA kerajaan melarang orang macam saya pun tidak boleh ke shopping complex (pusat beli belah) kerana sudah warga emas," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berseloroh ketika ditanya mengenai larangan warga emas ke tempat awam.

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak pernah melarang golongan berisiko Covid-19 seperti warga emas dan kanak-kanak mengunjungi tempat awam.

Menurutnya, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak melarang warga tua dan kanak-kanak berkunjung ke tempat awam seperti kompleks beli-belah dan sebagainya.

"Kita tidak melarang mereka ke tempat awam tetapi apa yang kita katakan mereka ini berisiko tinggi.

"Jadi, kerajaan menasihatkan ibu bapa tidak membawa anak-anak, membawa ibu bapa warga emas dan datuk nenek namun undang-undang tidak ada larangan," katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka boleh pergi ke pusat beli belah, mana-mana tempat awam termasuk kenduri.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 4:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list