Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
450
View
11
Reply

[Tempatan] Siasatan kes terowong dasar laut hampir siap, kata SPRM

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-7-2020 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan kes terowong dasar laut hampir siap

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/596266/siasatan-kes-terowong-dasar-laut-hampir-siap-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 6:56 PM

Audrey Dermawan dan Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam fasa akhir menyiapkan siasatan projek Terowong Dasar Laut Penang yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pandangan dan tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan terhadap projek kontroversi itu tidak pernah ditutup tetapi ditangguhkan sejak Mac lalu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Malah katanya, bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebelum ini pernah menyatakan membuka beberapa kertas siasatan terhadap projek terbabit.

"Sememangnya kes ini masih berjalan dengan penemuan bukti dan petunjuk baharu. Menurut pegawai penyiasat, kami kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan siasatan.

"Ia sudah lama tertangguh. (Namun) tidak timbul isu kita membuka semula kes Kemungkinan dua ke tiga minggu lagi daripada sekarang, kami dapat menyerahkan semua kertas (siasatan) kepada DPP," katanya yang ditemui ketika lawatan kerja pertamanya sebagai Ketua Pesuruhjaya di pejabat SPRM negeri di Georgetown, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya turut menyertakan beberapa cadangan kepada DPP berhubung siasatan termasuk jika wujud penyelewengan dalam kes itu.

"Sudah tentu jika ada individu yang terbabit, ia akan dinamakan dalam kertas siasatan. Tetapi buat masa ini, maaf, saya tidak boleh menyebutnya. Cuma, saya beri jaminan bahawa siasatan kami adil dan telus," katanya.

Ditanya mengenai penemuan bukti baharu, Azam memberitahu ada banyak yang ditemui pihaknya.



AZAM ditemui ketika lawatan kerja di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang hari ini. FOTO Danial Saad.

"Dalam kes rasuah, kita juga melihat elemen pengubahan wang haram, yang disebabkan itu siasatan ini membabitkan ramai orang.

"Saya boleh sahkan yang kami sudah melawat pejabat kerajaan negeri dan menemubual ramai orang. Dalam lima hari ini, kami juga bercakap dan merekodkan keterangan 32 saksi. Dan saya difahamkan penyiasat akan menemui lagi 10 ke 15 saksi minggu hadapan," katanya.

Ditanya sama ada orang kenamaan (VIP) akan ditahan, Azam menambah, "saya tidak boleh komen berapa ramai VIP akan ditahan, tetapi menjamin siasatan adalah adil."

Katanya jika ada tangkapan, ia kerana terdapat keperluan untuk itu namun ketika ini beliau tidak dimaklumkan sebarang tangkapan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pegawai penyiasat SPRM untuk tindakan lanjut.

Azam juga ditanya mengapa masih ramai saksi akan dipanggil sekiranya siasatan hampir siap.

"Siasatan ini bukanlah seperti apa yang anda lihat dalam filem. Ia bukan kes yang seperti anda fikir akan siap hari ini atau esok. Ia bergantung kepada situasi dan keadaan semasa kes.

"Kadangkala ketika merekodkan keterangan saksi, mereka akan mengaitkan perkara lain. Jadi kami perlu teliti secara terperinci semua butirannya. Ia bukanlah soal kita dapat tentukan jangka waktu siap siasatan dengan mudah," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan SPRM menyiasat semula projek Terowong Dasar Laut Penang susulan penemuan bukti baharu, malah Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam menjadi orang pertama ditahan pada Selasa lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-7-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama berguling2 atas jalanraya bakal bermula dlm masa 2-3 minggu lagi.. Yezaaa.. Sila buat gulingan berjemaah selepas Raya Haji.. Karang menyusahkan rakyat malaysia yg nak balik beraya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-7-2020 10:26 PM | Show all posts
Isu terowong: Kertas siasatan dijangka siap dalam 3 minggu - KP SPRM

https://www.malaysiakini.com/news/532930

Diterbitkan Hari ini 10:18 pm
Dikemaskini Hari ini 10:18 pm



Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam fasa akhir, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Beliau berkata kertas siasatan itu dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM kini dalam fasa akhir siapkan siasatan projek itu di mana kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin...dalam dua atau tiga minggu lagi (siap)," katanya ketika dihubungi Bernama, di George Town, hari ini.

Sebelum itu, Azam melakukan lawatan kerja pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya di pejabat SPRM negeri di George Town.

Terdahulu, beberapa pegawai SPRM telah hadir di bangunan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di George Town, untuk mengambil keterangan beberapa petugas di bangunan itu.



Dua pasukan SPRM tiba di tingkat 52, Komtar pada jam 9.35 pagi, yang menempatkan pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy dan dua exco kerajaan negeri, Zairil Khir Johari serta Yeoh Soon Hin.

Rabu lepas, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri telah menerima surat daripada SPRM untuk menemu bual beberapa exco dan pemimpin negeri berhubung isu terowong dasar laut itu.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam sebelum ini direman selama empat hari bermula 1 Julai lepas bagi membantu siasatan kes tersebut.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapig dah tak boleh scam

dapig dah tak boleh spin

mampus la dapig
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takdo yg terrjung bangunan sprm lgk...harap sprm tala cctv ke tingkap2 yo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 3-7-2020 10:32 PM
Harap takdo yg terrjung bangunan sprm lgk...harap sprm tala cctv ke tingkap2 yo..

Pasang jaring laa.. Jatuh atas jaring...tak mati.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:54 PM | Show all posts
nak cover terpaksa la anjur solidariti
konon-konon masih suci, masih dara
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:17 AM | Show all posts
terowong ni bila nak siap?  semoga ada sinar di hujung terowong
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-7-2020 10:46 PM
Pasang jaring laa.. Jatuh atas jaring...tak mati.

Haah en..kt china sana mcm ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 4-7-2020 08:24 AM
Haah en..kt china sana mcm ni la..

hahaha.. Betul...senang sikit kerja bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke terowong ni? Dah ada 2 jambatan kut
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 10:33 AM | Show all posts
so kt sini kesimpulann badan penguatkuasa dlm Malaysia ni pun tk telus..
bertukar nye kerajaan tutup kes..
bertukar kerajaan blk, bukak case...
pusing2 smpai abg jamill mamposss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list