Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
371
View
4
Reply

[Tempatan] Menteri, wakil rakyat biadap terhadap bahasa kebangsaan wajar diambil tindakan

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-7-2020 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Menteri, wakil rakyat biadap terhadap bahasa kebangsaan wajar diambil tindakan
Oleh MALAYSIA DATELINE July 3, 2020 4:31 pm



Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) menyokong penuh usaha untuk meminda Akta Dewan Bahasa Pustaka (DBP) bagi memberi lebih kuasa kepada DBP melaksanakan penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan bersifat rasmi sama ada dalam bentuk komunikasi bertulis, dokumen atau secara lisan.

Menurut Timbalan Presiden Kamalshukri Abdullah Sani sudah tiba masanya untuk era penguatkuasaan setelah lebih enam dekad DBP berdakwah dan mendidik rakyat serta pengguna bahasa untuk bersama-sama memartabatkan bahasa rasmi negara.



Beliau berkata, banyak isu yang belum selesai seperti penggunaan bahasa di sektor swasta, awam dan malah dalam sektor kerajaan sendiri terutama pihak berkuasa tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Malah katanya, sejak beberapa tahun belakangan ini semakin menjadi-jadi rasa tidak hormat akan bahasa kebangsaan dalam keadaan bersifat rasmi atau majlis rasmi.

Terbaharu, seorang Timbalan Menteri Pendidikan sendiri (bukan orang awam) menggunakan bahasa lain dalam keadaan berlogo rasmi kementerian seolah-olah bahasa rasmi tidak cukup untuk memahamkan rakyat negara ini yang telah lebih 60 tahun merdeka? katanya.



Dalam keadaan rasmi, katanya, majlis rasmi kerajaan dan swasta wajar sekali hanya bahasa kebangsaan sahaja digunakan dan jika perlu untuk urusan antarabangsa hanya terjemahan bahasa Inggeris sahaja dibenarkan.

PLM suka mencadangkan jika berlaku kebiadapan yang sama terhadap bahasa kebangsaan sama ada oleh mana-nama wakil rakyat, Timbalan Menteri hatta menteri sekali pun amat wajar raja atau sultan menarik balik serta-merta semua pingat kebenaran yang telah diberi malah jika berulang lagi, gugurkan sahaja taraf kewarganegaraannya kerana jelas tidak hormat dan mencabar kedaulatan bahasa rasmi yang turut dinaungi oleh baginda sultan dan Perlembagaan Persekutuan.

Selalunya apabila hal seumpama ini berlaku, segeralah yang berkenaan memohon maaf sebagai penyelesaian atau membuang perkara yang dipertikai daripada dipaparkan dalam media.

Kemudiannya pihak lain pula akan mengulang kesilapan yang hampir sama dan akhirnya permohonan maaf yang begitu murah terus menjadi permainan di media.

Maka, katannya ketegasan penguatkuasaan oleh DBP melalui pindaan akta yang dicadangkan amat diperlukan untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang berhajat untuk biadap terhadap bahasa rasmi negara.

Inilah yang penting dan bukannya soal mendenda beberapa ringgit kerana kesalahan ejaan, sebutan seperti yang sering dimomokkan oleh pihak yang sengaja tidak mahu memahami usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam semua rancah kehidupan dan tamadun di negara ini.

Janji Menteri Perumahan untuk mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan akur akan akta dan peraturan bahasa tidak mencukupi kerana menteri akan silih berganti antara yang peka dan tidak dan telah lebih 60 tahun keadaan tidak berubah.

Sesungguhnya malang dan amat menyedihkan sekali jika mesyuarat menteri kabinet dan kementerian di Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris atau bercampur-aduk bahasanya, umpama belut yang sekerat ular,katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-7-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Guan jeng tiga plow ring ngekk

ambil tindakan juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:31 PM | Show all posts
terang2 guna tulisan cina dlm bannertapi tiada tindakan
takut ke atau memang lembek
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-7-2020 11:05 AM | Show all posts
Mari martabatkan Bahasa Kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:09 AM | Show all posts
tindakan perlu diambil oleh pdrm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list