Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1923
View
36
Reply

[Jenayah] Penolong pengarah imigresen wanita, 50, Johor ditahan kerana terlibat sindiket seludup PATI

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-7-2020 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket seludup pendatang, penolong pengarah imigresen wanita ditahan
Jumaat, 03 Jul 2020 01:53 PM MYT


JOHOR BAHRU, 3 Julai D Seorang penolong pengarah imigresen wanita yang bertugas di salah sebuah kompleks imigresen di negeri ini ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan migran, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai kanan berumur 50 tahun itu ditahan di tempat tugasnya oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, sebagai lanjutan kepada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.

Penahanan suspek merupakan tangkapan pegawai berpangkat paling tinggi yang terlibat dengan kes sindiket penyeludupan pendatang setakat ini, dan suspek disiasat mengikut Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dengan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Modus operandi suspek adalah dengan menyediakan cop imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tidak melindungi mana-mana pihak berjawatan tinggi sekiranya didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan.

Polis Johor tidak melihat status, kalau terlibat kita tangkap tidak mengira kedudukan. Ada pihak cuba kaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya, katanya.

Tidak timbul isu itu kerana kita hanya jalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak, tambahnya. D Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-7-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pdrm..hapuskan penyangak negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:33 PM | Show all posts
Yang berpangkat pun tak akan terlepas kalau dah lakukan kesalahan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:37 PM | Show all posts

jgn main isu sblm tahu hujung pangkal ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cash la acik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-7-2020 03:39 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-7-2020 07:44 AM

Bolehlah jeling-jeling di FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Saya no komen sebab nanti dilabel memprovok

https://www.facebook.com/imigresenjohor/

Dan kalau tengok direktori ini, faham-faham sahaja lah

https://www.imi.gov.my/~johor/im ... I%20JIM%20Johor.pdf

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:44 PM | Show all posts
wirazam replied at 3-7-2020 03:37 PM
jgn main isu sblm tahu hujung pangkal ye

akak cuma mahu mengetahui suspek itu lelaki atau perempuan. janganlah marah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-7-2020 06:29 PM | Show all posts
Penjawat awam yang macam ini sekiranya terbukti bersalah, adalah pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 3-7-2020 03:44 PM
akak cuma mahu mengetahui suspek itu lelaki atau perempuan. janganlah marah

Wanita tu lelaki ke aa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:40 PM | Show all posts
myoujin replied at 3-7-2020 06:33 PM
Wanita tu lelaki ke aa?

adik pakai turban kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat malaysia yang kurang ajar dan takder semangat patriotik
Sanggup jadi tali barut penceroboh tanahair
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:45 PM | Show all posts
Celaka btol, DApig dah meresap ke dlm imi Johor.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 3-7-2020 06:40 PM
adik pakai turban kah?

Ape belit ni saiton.. aku tanya kau wanita tu lelaki ke perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:49 PM | Show all posts
myoujin replied at 3-7-2020 06:46 PM
Ape belit ni saiton.. aku tanya kau wanita tu lelaki ke perempuan.

akak tidak tahu adik ni lelaki atau perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 06:50 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 3-7-2020 03:39 PM
Bolehlah jeling-jeling di FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Saya no komen sebab nanti  ...

Akak faham adik. Akak sungguh kecewa apabila melihat gambar2 itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bersalah tangkap bagi hukuman tak perlu ko rasis sgt IamPH.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 3-7-2020 03:44 PM
akak cuma mahu mengetahui suspek itu lelaki atau perempuan. janganlah marah

Sah tulis situ pompuan kannnn....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi penolong pengarah....tak cukup lg ke gaji....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 3-7-2020 08:40 PM

Isk isk tak elok la macam ni...ini lah namanye pengkhianat negara. Bangga Indon geng Trisna dapat masuk Malaysia hasil khianat wanita Malaysia yang dikutuknye itu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list