Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
14132
View
769
Reply

Aktor Bollywood mati bunuh diri

[Copy link]

Author: Rachel_Green       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-6-2020 08:51 AM | Show all posts |Read mode



MUMBAI: Pelakon Bollywood, Sushant Singh Rajput, 34, ditemui mati tergantung di kediamannya di Bandra, di sini, petang tadi.

Laporan awal mempercayai aktor yang mula popular dengan siri televisyen, Kis Desh Mein Hai Meraa Dil pada 2008 itu membunuh diri.



Mengikut laporan Hindustantimes.com, aktor itu ditemui mati di tingkat enam, pangsapuri manakala pihak polis mengesahkannya membunuh diri. Bagaimanapun, tiada nota ditemui di rumahnya.

"Rajput membunuh diri, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan," kata jurucakap Polis Mumbai.

Sementara itu, pengurusan Rajput turut berkongsi mesej untuk peminatnya.

"Ia sesuatu yang menyedihkan untuk kami berkongsi bahawa Sushant Singh Rajput tidak lagi bersama kita.

"Kami memohon peminat sentiasa mendoakannya dan menghargai kerjanya seperti apa yang dilakukan sebelum ini.
Mohon media memahami dan membantu kami menjaga privasi pada saat menyedihkan ini," kata wakil syarikat pengurusan Rajput.

Kematian Rajput dilaporkan selepas beberapa hari pengurusnya, Disha Salian ditemui mati ekoran membunuh diri. Rajput turut membuat ciapan di Twitter mengenai berita mengejutkan itu. Salian membunuh diri dengan melompat daripada bangunan 14 tingkat di Malad, Mumbai.

Bintang Bollywood terkenal, Akshay Kumar dalam ciapan di Twitter meluahkan perasaan terkejutnya.

"Jujurnya, berita ini membuat saya terkejut dan tiada kata-kata. Saya masih ingat menonton lakonan Sushant Singh Rajput di Chhichhore dan memberitahu kawan saya, Sajid yang juga produser, betapa saya terhibur menonton filem berkenaan dan berharap dapat menjadi sebahagiannya.

"Beliau, seorang pelakon yang berbakat. Semoga Tuhan memberi kekuatan pada keluarganya," tulisnya.

Rajput mula popular dengan filem Kai Po Che pada 2014 di mana beliau untuk pelbagai anugerah filem di India.

Filem Sobat yang dihasilkan bekas eksekutif Disney, Ronnie Screwvala dan Siddharth Roy Kapur membuat kemunculan sulungnya di Festival Filem Berlin sebelum dilancarkan secara komersial di India dan peringkat global.

Beliau juga membintangi filem popular seperti PK, Kedarnath, Shuddh Desi Romance dan MS Dhoni: The Untold Journey.

Kebanyakan filem lakonannya mendapat pujian terutama filem biografi MS Dhoni: The Untold Story pada 2016, di mana Rajput menghidupkan watak kapten pasukan kriket. Filem lain yang hit termasuk Kedarnath pada 2018 dan Chhichhore (2019).

Tahun lalu, filem Drive lakonannya turut ditayangkan di Netflix. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 15-6-2020 08:56 AM | Show all posts
4 hari sebelum dia gantung diri..manager dia bunuh diri gak..


RIP Sushant Singh Rajput: His manager had died 4 days back
Mumbai: Chhichhore actor Sushant Singh Rajput reportedly committed suicide at his home in Mumbai, Sunday. He was 34. Reports claim that the MS Dhoni C The Untold Story actor was found hanging at his Bandra residence.

The reason why Rajput took this drastic measure is yet to be ascertained.



It may be noted here that his former manager Disha Salian had also reportedly committed suicide by jumping off the 14th floor of her apartment in Malad Monday night. However, sources also said that she accidentally fell off her apartment.



Comedian Varun Sharma mourned the demise on Instagram, sharing a photo with his former manager and friend.

Am at a loss of words. Speechless. Numb. It all looks unreal. So many memories. Such a lovely person and a dear friend. You always wore that smile everyday, and with such kindness you dealt with everything that came your way. You will be deeply missed. Prayers and Strength to the Family. I still cant believe Disha youre gone. Gone too Soon, wrote Varun.



The young celebrity manager was reportedly with her fiance. She was declared dead on being rushed to a hospital in Borivali. The police have started an investigation. As per reports, they have recorded the statement of the deceaseds parents.

Apart from Sushant Singh Rajput and Varun Sharma, Disha has managed comedian Bharti Singh in the past.


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengurus tu gf dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tekanan sbb PKP ka? Sebab marka? RiP
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 10:03 AM | Show all posts

gf dia ke..bukan gf dia pelakon juga

iols layan gak drama heols pavitra ristha

becinta gak heols dgn heroinnya tp putus tgh jalan

sia2 je la muda lg bunuh diri..senang je bangsa derang ni lari dr masalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 11:25 AM | Show all posts
Knp sng sgt bunuh diri..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 11:30 AM | Show all posts
kalo fan k pop berkabung dgn nyalaan lilin
fan bollywood nk nyalakan ape?
ubat nyamuk bole la kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 11:47 AM | Show all posts
teringat mendiang bos aku bunuh diri tahun lepas,terkejut betul aku time tu dia buat keputusan drastik gitu..

taktau apa punca dia bunuh diri sebab sehari sebelum dia bunuh diri elok je siapkan kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 12:07 PM | Show all posts
Katanya depression lama dah and plan nak kahwin bulan Nov ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 12:48 PM | Show all posts
Edited by nazzse at 15-6-2020 04:51 AM

frust, dah la minat filem2 dia, ms dhoni & chiroche.. Good actor untuk hero zaman dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 12:50 PM | Show all posts
saaya replied at 15-6-2020 12:07 PM
Katanya depression lama dah and plan nak kahwin bulan Nov ni...

nak kawin dgn sapa gf dia yg pelakon tu ke..sapa tah namanya


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 01:24 PM | Show all posts
sblm korang cerca mendiang ni, antara blindgossip kt bollywood, heols bunuh diri sebab tak dpt support bollywood.

mendiang ni pelakon tv tp sblm jadi pelakon, mendiang ni antara top 10 engineering student kt india gak, siap tolak tawaran sambung belajar sbb nk jadik pelakon. mendiang ni antara bollywood actor yang mmg naik atas usaha n bakat sendiri la, takdenye guna kabel mcm kapoor, shroff, bhatt family tu.
banyak blind gossip kate heols tertekan di buli di Bollywood especially by Karan Johar or KJo tuh.  KJo nih nama yg hagak prominent la jugak, ko nak cepat naik ko himpit2la si KJo nih.  Alkisahnye geng2 kabel besar Bollywood dengki ngan mendiang ni so dengo2 citer nama heols dah diban oleh production besar2 and job yg ade utk heols limited utk tv and web series jah.  



Mendiang pun ngaku heols takde bapak angkat, so heols terpaksa mengharapkan sokongan peminat la utk support karier heols.  dan kisahnye, filem latest heols tak brape laku, habeh terus production kasik alasan taknak hire heols lg dah.  samela mcm sorg producer name tersohor gak, janji nk amek heols berlakon, tapi back out alasan sbb filem heols tak laku walaupun review dr kritik positif



KJo and Alia Bhatt pun kene cerca ngan peminat2 gak sbb hipokrit kan.  depan2 ko whoareyuuussss kan mamat ni, dah takde simpati2 pulak





kt bollywood, kalau filem uols meletop2 mmgla org suke tp once uols tersilap langkah, movie flop, pastu ngan uols skali hilang dibawa angin bayu. tp not for anak2 retis nih, walaupun movie sendu tp theyols still dpt job. cth mcm salman setahun jek 4-5 movie die kuar walaupun awal2 dulu heols hanya reti tayang body sado walaupun katek



#ModNakTacangPls


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsome orangnya...  
Ada la tu benda yg dia rasa x boleh nak handle dah dlm hidup dia sampai bunuh diri..  
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 02:24 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2020 01:24 PM
sblm korang cerca mendiang ni, antara blindgossip kt bollywood, heols bunuh diri sebab tak dpt suppo ...

mungkin ni pun antara sebab dia depress.. aku anti betul dgn dua ekor tu,atuk kjo dgn alia bhatt..

bakat soso je,rupa pun keanak2kan tk byk watak sesuai untuk rupa mcm si alia bhatt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian....handsome2 pn org dengki....xde pengaruh ssh jugak...kena lengkap pakej....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2020 01:24 PM
sblm korang cerca mendiang ni, antara blindgossip kt bollywood, heols bunuh diri sebab tak dpt suppo ...

Mmg menyampah sngt dgn Kjo and Alia..sesuai la dgn playboya Ranbir tuh
Wpn Varun Dhawan,Shraddha Kapoor,Tiger Shroff naik guna kabel,iolls blh hadap lg sbb dorg humble..Si Alia tu entitled snggh,mentang2lah bapaknya penerbit filem yg popular dan kaya raya..bila bercakap main lepas je
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sue_liah replied at 15-6-2020 12:50 PM
nak kawin dgn sapa gf dia yg pelakon tu ke..sapa tah namanya

Tak sure dengan siapa. Dengan Rhea tu katanya dah berpisah. Rhea dah cuba bantu Mendiang tapi beliau refused ambik ubat. Sampai Rhea terpaksa call Kakak Mendiang untuk bantu adik dia... Mendiang punya depressi agak teruk kot sampai terdengar2 suara orang kata nak bunuh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tgk cite Chhichhore kt ari tuh. Best cite ni, sy ulang2 kali tgk. Xsangka die mmg btul2 student engineering..sbb dlm cite tuh pon berkisar ttg budak2 engineering yg di panggil loser. Dlm cite tuh anak die yg bunuh diri terjun bangunan sbb frust xdapat masuk kolej tp selamat. In real life die pulak yg bunuh diri. Sayang sbb berbakat jgk die ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2020 01:24 PM
sblm korang cerca mendiang ni, antara blindgossip kt bollywood, heols bunuh diri sebab tak dpt suppo ...

Yang Ai paham Mendiang dibanned oleh YRF terlebih dahulu. Aditya dengan Kjo pulak BFF. Filem2 Ranveer Singh macam Ramleela n Befikre sepatutnya Mendiang yang dapat. Tapi sbb Mendiang tolak satu tawaran filem YRF habis terus kena banned.

Kjo dengan Alia Bhatt mmg sedari dulu terkenal dgn perangai bimbo masing2. Agak2 menyesal tak dua ni? Selain dua orang ni, Salman pun teruk jugak kena kecam sbb dia pun banned Mendiang jugak. Ni pun taiko nepotism jugak selain Kjo.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 10:58 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2020 12:24 PM
sblm korang cerca mendiang ni, antara blindgossip kt bollywood, heols bunuh diri sebab tak dpt suppo ...

adakah KJo sakit hati arwah ni x layan heols? aiyoo..

mak hayam sgt KJo tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list