Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
933
View
3
Reply

Kuarantin : Garis Panduan Untuk Majikan (dan pekerja)

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2020 11:00 AM | Show all posts |Read mode







Moga ianya bermanafaat pada majikan dan pekerja.

Orang awam, secara umum pun boleh ambil tahu.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 11-2-2020 11:01 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 6 Feb  -- Kementerian Sumber Manusia hari ini mengeluarkan garis panduan buat majikan dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit berjangkit termasuk wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Garis panduan itu dikeluarkan susulan kebimbangan dan persoalan serius yang diutarakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia terhadap pekerjaan yang berkaitan dengan jangkitan koronavirus.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata jabatan itu telah dihujani pelbagai soalan, yang menyuarakan rasa khuatir dengan pekerjaan yang berkaitan dengan virus kluster itu, sejak awal tahun ini.

Persoalan lazim adalah mengenai majikan yang menghalang pekerja untuk datang bekerja, terutama apabila pekerja itu didapati baharu sahaja pulang dari negara-negara dengan kes 2019-nCoV seperti China, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Singapura, katanya dalam satu kenyataan.

Garis panduan itu menyenaraikan lima tindakan yang boleh diambil oleh majikan dalam menangani situasi tersebut.

Menurut Kula Segaran, majikan disaran mengarahkan pekerja untuk menjalankan pemeriksaan segera, dengan perbelanjaan ditanggung oleh majikan dan pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang ditetapkan mengikut Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955.

"Untuk memberi cuti sakit berbayar atau kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin kepada pekerja yang dikenakan perintah kuarantin oleh pengamal perubatan berdaftar, tidak kira sama ada pekerja dikuarantin di rumah atau di hospital.

"Majikan digalakkan untuk memberikan imbuhan tambahan kepada pekerja jika perintah kuarantin melebihi cuti sakit atau kemasukan ke hospital dan memberikan gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara-negara dengan kes-kes 2019-nCoV kerana kewajipan rasmi atau arahan daripada majikan," katanya.

Majikan juga tidak boleh menghalang mana-mana pekerja daripada datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar, bagaimanapun, mereka dibenar mengarahkan pekerja yang tidak sihat untuk tidak datang ke tempat kerja dengan menyediakan cuti sakit berbayar kepada pekerja.

Katanya majikan tidak boleh mengarahkan pekerja, dengan apa cara sekalipun, untuk menggunakan kelayakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2020 11:04 AM | Show all posts
Kami di HR dept akan menghantar email pada semua pekerja untuk memaklumkan bahawa mereka perlu untuk melaporkan destinasi percutian mereka


"Dear All,

We are writing to this email to inform you that we are seriously concern the recently spread coronavirus disease which is concerning to the worldwide now. Therefore, we would like to urge to those travel colleagues to ensure inform HR Department when you are travel. This is to prevent and precaution to avoid any uncertain being happen.

Please remember to inform HR Department by email to hr@axxxx.com or call us for our recording.'

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
~Katanya majikan tidak boleh mengarahkan pekerja, dengan apa cara sekalipun, untuk menggunakan kelayakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin~

Maknanya time kena kuarantin, tak kacau annual leave lah kan..bagus lah mcm tu. Kalau tak, kesian kat yg kena. Dh lah kena kuarantin, cuti kena tolak.
Mcm ni, baru adil n saksama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list