CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910Next
Return Post new threads
Author: mok_nik

Doa & Amalan (termasuk doa rumahtangga) [merged] dhani, kecubung, macam2ada

[Copy link]
okb  

Post on 8-1-2006 01:37 AM |All posts
takder doa khusus ker? anyway thanks dutas lovers
awak tak perasan saya sebab awak perasan awak chantek
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-1-2006 11:02 PM |All posts
Waktu dan tempat yang mustajab utk berdoa

ABU HURAIRAH meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu lapangnya" (Riwayat Tirmizi)

Oleh itu hendaklah kita memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat yg terpilih ini agar doa mudah dan cepat dikabulkan. Di antaranya:



  • Ketika berpuasa sehingga ia berbuka. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, Orang yang sedang berpuasa, doanya tidak akan sekali-kali ditolak. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
  • Waktu antara azan dan iqamah, iaitu selepas bilal melaungkan azan dan sebelum bilal melaungkan iqamah. Ia mengikut riwayat Abu Daud dan Nasai, "Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."
  • Ketika satu pertiga akhir malam atau sebelum Subuh merupakan waktu yang mustajab apabila kita berdoa. Ini kerana Rasulullah bersabda: Allah turun setiap malam ke langit dunia dan apabila sampai satu pertiga malam yang akhir, Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku makbulkan dan sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan kepadanya dan sesiapa yang meminta ampun, maka Aku ampunkan. (Riwayat Muttafaq alaih)
  • Setiap kali selepas sembahyang
  • Doa pada permulaan hujan. Ini berkemungkinan kerana hujan adalah rahmat dan ada malaikat yang menjaga hujan. Logiknya, pada permulaan hujan, ia turun bersama rahmat dan malaikat, oleh itu pada masa itu sekiranya kita berdoa, insyaAllah doa itu dimakbulkan
  • Doa selepas khatam al-Quran. Daripada Anas r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: Bersama dengan setiap kali khatam al-Quran, di situ ada waktu yang mustajab berdoa (Riwayat ad-Darimi)
  • Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Waktu yang paling dekat antara hamba dgn Allah ialah ketika sujud. Maka perbanyakkanlah doa. (Riwayat Muslim). Ia lebih sesuai dibuat dalam sembahyang sunat iaitu panjangkan sujud dan berdoa
  • Ketika Lailatulqadar
  • Hari Arafah
  • Hari dan malam Jumaat
  • Ketika berhadapan dgn musuh di dalam peperangan
  • Ketika meminum air Zam-Zam
  • Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa



*petikan dr berita harian


p/s - kalau ada sapa yg tau lagi boleh la share
1

View rating log

Reply

Props Report

cekpoin This user has been deleted
Post on 9-1-2006 03:57 PM |All posts
ko bacalah doa penerang hati tu
1

View rating log

Reply

Props Report

Highlander

the King

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 9-1-2006 10:43 PM |All posts
erm, petua aku belajar tulu.

sebelum belajar pastikan berwuduk. masa membaca cuba selang selikan dgn selawat.
1

View rating log

A religion to an atheist is like a rainbow to a rock
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-1-2006 11:34 PM |All posts
assalamualaikum..
dlm soal doa2 ni...ada doa khusus utk blaja..cthnya: Allahummaftah alaina hikmataka wansyur alaina min khoza inirah matika ya Arhaman Rahimin..
tp kite bleh juga doa dlm bm..Allah memahami segala apa yg dipinta..yg penting, minta DR-NYA bkn dr mende lain..
wassalam..
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 10-1-2006 05:44 PM |All posts
اللَّهُمَّ ; الْطُفْ بِىْ فِىْ تَيْسِيْرِ ; كُلِّ عَسِيْرٍ فَاِنَّ تَيْسِيْرَ ; كُلِّ عَسِيْرٍ عَلَيْكَ يَسِيْرٌَ
Allahumma Tufiltuf bi fi taysiri kulli 'asirin, fainna taysirra kuuli 'asirin 'alaika yassirun

O Allah!  Make easy for me every difficult thing, with Your special favour and Kindness, for it is easy for You to make every difficult thing easy


أللِّهُم النّفَعنِي بِمَا عَلَّمتَنِي وَ عَلِّمنِيِ مَا يَنفَعنِي
Allahumma infa'nii bimaa 'allamtanii wa'allimnii maa yanfa' unii

O Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me.


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as'aluka 'Ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan

O Allah! I ask You for knowledge that is of benefit, a good provision and deeds that will be accepted.
[Ibn Majah and others]



اللَّهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ فَهْمَ الَنَّبِيِّن وَ حِفْظَا الْمُرْسَلِيِّن الْمُقَرِّبِين
Allahumma inni as'aluka fahmal-nabiyyen wa hifthal mursaleen al-muqarrabeen

O Allah! I ask You for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to You.


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabb-ishrah ii sadri, wa yassir li 'amri, Wah-lul 'uqdatam-mil-li-saani, Yaf-qahuu qawlii

O my Lord! Expand me my breast; Ease my task for me; And remove the impediment from my speech, so they may understand what I say
[Surah Ta-Ha; 20:25-28]


more du'a at this link:
http://www.geocities.com/mutmainaa/study.html
1

View rating log

Reply

Props Report

okb  

Post on 11-1-2006 06:58 PM |All posts
thanks sahabat sahabat
awak tak perasan saya sebab awak perasan awak chantek
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 27-1-2006 03:23 AM |All posts

saje nk share..

Assalamualaikum,

amalkan doa ni setiap kali lepas semayang:

Allahumma a'inna 'ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik.


Doa blaja:

Allahummarzuknaa ya rabbi fahman nabiyyin wa hifzol mursalin wailhaa malmalaaikatal muqorrobin fi 'afiatin yaa arhamarrohimin.

Doa mintak success exam:

Allahumma inni asalukalfauza indal Qada' wamanaazilassyuhada' wa'aisyassu'ada' wannasro 'alal a'da'.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 27-1-2006 07:58 AM |All posts
Assalamualaikum lila,
Allahumma a'inna 'ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik.

Ada sedikit KISAH mengenai doa tersebut.

Kalau tak salah teman, ia berkenaan dgn Mu'az dan Rasulullah saw.
Ghaser macam mereka berdua berada di hadapan ku......berbual bual mesra sehingga terkeluar DOA tersebut dari mulut Baginda saw.

Waallahua'lam


[ Last edited by niceghost2005 at 27-1-2006 07:59 AM ]
1

View rating log

Afaman kaana mukminann kamann kaana fasiqa, laa yas tawuun - 32:19
Reply

Props Report

Post on 28-1-2006 11:48 AM |All posts

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Doa Awal dan Akhir Tahun

Menjelang Tahun Baru Hijrah 1427 pd 31 januari ini, mari kita lihat amalan yang sudah sebati bagi kita pada tiap2 awal Muharram, iaitu doa awal dan akhir tahun. Benarkah amalan ini amalan sunnah atau sebaliknya ?
Insya Allah di sini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.


Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 30-1-2006 10:59 AM |All posts
terima kasih..meh kita amalkan..
budak baik
Reply

Props Report

Super Moderator

Hamba Allah

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 30-1-2006 07:23 PM |All posts
Sekarang ada siaran secara langsung bacaan doa kat tv 1.
Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita mengecapi rahmat & nikmatNya dlm bentuk yg sebaik mungkin..
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 30-1-2006 09:21 PM |All posts
salam

dan sekarang pun ada siaran langsung
DOA di TUJUH PETALA LANGIT dan
KUTUKAN serta LAKNAT jugak di tempat yang sama

adakah kamu juga dapat merasakannya????????????????????????????
Reply

Props Report

Post on 4-2-2006 06:52 PM |All posts
DOA MUSTAJAB DI WAKTU KESEDIHAN

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak hamba lelaki-Mu, dan hamba perempuan-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku".

Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

Cont...
1

View rating log

Reply

Props Report

Post on 4-2-2006 06:56 PM |All posts
SYARAH HADIS DI ATAS:
Rasulullah SAW. telah mengajar umatnya supaya berdoa dan memohon kepada Allah apabila mereka sedang ditimpa oleh kesedihan. Sesuatu kesedihan lazimnya adalah timbul setelah seseorang ditimpa suatu musibah.
Tidak seorangpun boleh mengatasi kesedihan atau kedukaan yang menimpanya secara sempurna melainkan jika ia berhubungan dengan Dzat Yang Menentukan Segala-galanya (Qadha dan Qadar).
Berhubung dengan Allah SWT dalam keadaan merendah diri, mengakui (i'tiraf) terhadap segara dosa yang pernah dilakukan sambil mengetuk pintu-Nya, memohon pertolongan dengan penuh yakin bahawa hanya Dia sajalah yang sanggup menghilangkan rasa sedih dan duka yang menimpa. Tidak seorangpun selain Dia yang mampu melakukannya. Selain Dia hanyalah sekadar sebab-sebab yang Dia telah tentukan bagi hamba-hamba-Nya.
Atas sebab inilah maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya membaca doa diatas jika kita ditimpa oleh rasa gundah dan sedih yang bersangatan di dalam menjalani kehidupan ini, semoga Allah akan gantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan supaya doa ini benar-benar dapat memberi kesan positif kepada jiwa orang yang membacanya, maka berikut ini akan dijelaskan falsafah atau hikmah atau rahsia dibalik setiap ungkapan dalam doa yang diajar oleh Nabi SAW itu.


"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, dan anak hamba lelaki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu".
Ungkapan diatas mengandungi makna " ubudiyah " iaitu penghambaan diri. Ibadah mencakupi segala yang disukai dan diredai oleh Allah, apakah dalam bentuk perbuatan atau ucapan, yang zahir atau yang batin. Jadi segala yang disuruh dan yang ditegah oleh agama adalah termasuk ibadah. Sedangkan ibadah dan agama iaitu al-din mempunyai makna yang sama iaitu " rendah diri ".
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (At Taghaabun: 11)
Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat diatas: Barangsiapa yang ditimpa suatu musibah, lalu dia menyedari bahawa musibah tersebut adalah qadha dan qadar Allah, oleh itu dia dapat sabar menghadapinya dan reda menerimanya, niscaya Allah akan memberi hidayah (petunjuk) kepada hatinya dan mengganti apa yang luput itu dengan hidayah kepada hatinya serta keyakinan yang benar. Malahan terkadang gantian dari Allah itu lebih baik daripada apa yang luput. (Tafsir Al Quran Al 'Azim 4/375).
Jadi perkatannya: mengandungi makna itu semua. Dan makna yang paling menonjol dalam ungkapan itu ialah ILMU (mengetahui) bahawa yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Dan kita sebagai seorang HAMBA tidak mempunyai hak untuk menentang kehendak Tuhannya malahan tidak berhak untuk bertanya mengapa Allah berbuat demikian terhadap kita. Sikap kita semestinya tidak lain hanyalah sabar dan reda dengan ketentuan Allah tanpa bersungut-sungut. Bahkan keredaan tersebut mestilah disertakan dengan RASA KASIH YANG SEMPURNA kepada ALLAH dan PENUH YAKIN bahawa apa saja yang ditakdirkan oleh Allah adalah lebih baik bagi kita, walaupun pada zahirnya bertolak belakang (sebaliknya).
Imam Ibnul Qayyim berkata: "Hendaknya kita menyedari bahawa musibah yang menimpa kita bukanlah untuk memusnahkan kita, sesungguhnya kehadiran musibah tersebut hanyalah untuk menguji sampai dimana kesabaran kita, dengan demikian barulah jelas apakah kita layak menjadi WALI ALLAH ataupun tidak".
Kesedihan yang menimpa seseorang sebenarnya adalah suatu pertanda baik yang membuktikan kecintaan Allah kepadanya. Atas sebab itulah maka para Rasul dan para Nabi adalah orang-orang Jang paling banyak mendapat ujian Allah.
Ka'ab Al Ahbar RA berkata: "Tidaklah semakin mulia seorang hamba disisi Allah melainkan semakin ditambah dugaan keatasnya".
Jadi atas sebab itu semualah maka seorang hamba yang benar-benar ikhlas akan segera mengisytiharkan sejak awal kesedihan lagi: Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak abdi-Mu dan anak amah-Mu.


Didalam genggaman-Mu.
Maksudnya: Orang yang berada didalam genggaman lazimnya tidak dapat bergerak kerana dirinya dikuasai sepenuhnya oleh orang yang menggenggam. Dia tidak dapat bergerak kecuali jika yang menggenggam meringani atau melonggari genggamannya.
Jadi ungkapan mengandung makna pengakuan akan hakikat ubudiyah, seolah-olah dia berkata: Aku adalah hamba-Mu dan tawanan-Mu. Aku berada dibawah penguasaan-Mu, Engkau boleh berbuat sesuka hati-Mu terhadap diriku. Aku tidak punya daya dan kekuatan. Engkaulah Yang Maha Kuat dan aku makhluk yang sangat lemah. Engkau Maha Kaya dan Kami sangat fakir dan sangat berhajat kepada-Mu.
Dan sebagaimana orang yang sihat memaksa saudaranya yang sakit agar makan ubat semata untuk kemaslahatan dan manfaatnya, demikianlah Allah berbuat terhadap hamba-Nya adalah semata mata demi kebaikan hamba-Nya.
Kadangkala lenyap dari ingatan kita tentang hikmah dibalik bencana yang menimpa. Tetapi jika perasaan kita begitu yakin bahawa diri kita ini sebenarnya berada di dalam genggaman Yang Maha Pencipta, nescaya perasaan itu akan membuat kita tidak lekas putus asa, dan selanjutnya sedikitpun tidak akan menolak ketentuan-Nya.
Oleh sebab itu ketika kita membaca maka kita mestilah hadirkan makna: iaitu tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Al Imam Ibnu Hajar berkata: maksudnya tiada penyimpangan bagi hamba dari melakukan maksiat melainkan dengan pemeliharaan Allah, dan maksudnya tiada kekuatan bagi hamba untuk mentaati perintah Allah melainkan dengan taufiq (izin) Allah.



CONT...
Reply

Props Report

Post on 4-2-2006 06:59 PM |All posts
Ubun-ubunku ditangan-Mu.
Ungkapan ini juga mengandungi pengiktirafan (pengakuan) kita akan kesempurnaan kudrat Allah keatas kita iaitu dengan menerima segala kebijaksanaan Allah dalam semua urusan kita. Allah boleh memperlakukan apa saja terhadap sedikitpun adanya bangkangan dan sungutan.

Berlaku padaku hukum-Mu.
Ungkapan ini pula menyatakan bahawa tiada ada satu kuasa pun yang boleh menghalang kehendak Allah berlaku keatas diri kita. Kita sebagai makhiuk-Nya walau apapun yang kita miliki samada kekuasaan, harta dan senjata, namun kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Perasaan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk tidak kembali kepada siapapun jika ditimpa kesusahan melainkan hanya kepada Allah, kerana makhluk tidak kira bagaimanapun martabatnya tetap tidak memiliki diri mereka sendiri sedikitpun yakni tidak mampu menolong diri sendiri dan orang lain.
Allah berfirman dalam surah Fathi Maksudnya: Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Said Qutub menafsirkan ayat diatas: "Sekiranya gambaran dalam ayat ini benar-benar tersemat di dalam hati seorang manusia nescaya akan luruslah semua aspek dalam kehidupannya".
Inilah akidah yang wajib dimiliki oleh setiap muslim. Gambaran akidah seperti inilah yang telah ditanam oleh Rasulullah SAW kedalam dada para sahabatnya. Sungguh banyak ayat-ayat Al Quran yang menekankan maksud ini. Baginda Rasul SAW. memantapkan keyakinan ke dalam dada para sahabatnya dalam kehidupan sehari-hari malahan sejak peringkat kanak-kanak lagi.
Ibnu Abbas RA menceritakan kepada kita bagaimana kisah baginda Rasul SAW. menanamkan makna akidah diatas kepadanya.
Ertinya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW. lalu beliu bersabda kepadaku: Wahai anak sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa kalimat iaitu: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memelihara kamu peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau memohon pertolongan maka pohonkanlah pertolongan kepada Allah dan ketahuilah bahawa umat sekiranya mereka bersepakat untuk memberi engkau sesuatu yang bermanfaat nescaya mereka tidak akan dapat berbuat demikian melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, (demikian sebaliknya) jika mereka bersepakat untuk mencelakakan engkau dengan suatu bencana nescaya mereka tidak akan dapat mencelakakan engkau melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu kalam diangkat dan lembaranpun kering.


Adil padaku ketentuan-Mu.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Bijaksana (Hikmah) dalam ketentuan-Nya dan saksama (Adil) adalah dua sifat yang sangat ketara di dalam dialog antara Nabi Musa AS dengan Nabi Khaidir AS. Nabi Musa AS menentang keras perbuatan Nabi Khaidir AS yang merosak sampan nelayan miskin dan membunuh anak kecil yang tidak berdosa dan menegakkan dinding rumah yang condong. Lalu Nabi Khaidir AS kemudian menerangkan kepada Nabi Musa bahawa perbuatan itu semua dia lakukan bukanlah berdasarkan kehendaknya tetapi adalah semata-mata kerana melaksanakan arahan dari Allah (Al Kahfi: 82). Jelaslah dari itu betapa keadilan Allah walaupun pada zahirnya kelihatan seperti tidak adil. (Sila lihat Al Kahfi ayat 79 - 82).
Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh atau Istijaal. Mereka selalu menghadapi Qadha Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.
Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian). (Surah Al Fajr: 15-17)
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah.

Aku memohon dengan semua nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu.
Disini kita diajar oleh Rasulullah SAW agar bertawassul dengan semua nama dan sifat Allah sebelum kita memohon apa yang kita hajati. Malahan diawali juga dengan amal solih lainnya seperti puji-pujian, sanjungan, kerendahaan diri, pengakuan, penyerahan diri kepada Allah.
Lalu setelah itu barulah kita memohon kiranya: Allah hilangkan dari kita rasa sedih dan gundah sambil berdoa:


Kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku dan penawar rasa sedih dan gundahku.
Dan selanjutnya apabila rasa sedih dan gundah telah lenyap maka akan menjelmalah kegembiraan dan ketenangan jiwa.
Oleh sebab itulah maka Rasulullah SAW. menjanjikan:


Ertinya: Tidaklah seorang hamba membaca doa tersebut melainkan akan Allah hilangkan rasa sedihnya, dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 5-2-2006 09:44 AM |All posts
aku semasa keluar tabliq telah di ajar  zikir...

zikir 300 pagi dan 300 ptg  ... amal kan hari x2

iaitu

SUBHANALLAH WALLAHMDULILLAH WALAILA HAILLALLAH HU WALLAH HU AKHBAR 100x

SELAWAT KEATAS NABI 100x

ISTIFAR 100 x

zikir yg pertama tu tanda kita cinta kpd Allah
selawat tanda cinta kpd rasul
dan istifar tanda kita sayang pada diri kita...mohon keampunan kpd Allah swt.
1

View rating log

motorcycle-riding.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 6-2-2006 10:23 AM |All posts
Ada tak doa untuk mudah hafal?Doa penerang hati tu doa mudah hafal ker?Nara ni cepat lupa apa yang dibaca.
Doa untuk mendapat jodoh yang baik2 ada tak?
Satu lagi,doa untuk orang yang liat nak bangun subuh.Nara kengkadang susah sangat nak terkejut subuh.Jaga tapi tidor balik.
Banyaknye mintak.Nara takde pun nak dikongsi...
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 3-3-2006 09:29 AM |All posts
doa tahan marah ade tak??
sejak akhir2 ni, panas baran aku makin menjadi2..
kadang2 tu sampai takleh nak kontrol..
sesape leh tolong?
thanks...
I'M A GOOD GIRL GONE BAD
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-3-2006 02:18 PM |All posts
myra selalu amalkan ayat seribu dinar..
dan juga surah an-nur ayat:35..

insyaAllah hati sentiasa lapang,dan dimurakan rezeki..
elok diamalkan selepas solat..

wallahualam...
http://www.DuniaHerba.net/hamraa
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-3-2006 02:51 PM |All posts

Reply #49 okb's post

okb kalau nak tau lecturer myra dulu yg suh kiaorg amalkan bacaan surah an-nur ayat 35..
so bila myra check ayat tu..rasanya kita pernah hafalnya masa PAFA form 5 kalau x silap ingatan la..akcelly bacaan tu boleh menrangkan hati kita lebih2 lagi bagi para pelajar sekalian...

emm, elok sgtlah diamalkan..mudah2mudahan mendapat berkat dari ayat tersebut..amin! :pray:
1

View rating log

http://www.DuniaHerba.net/hamraa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-3-2006 12:05 PM |All posts
Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

3. Doa Pelembut Hati


Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura ayat 19 (42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALIIMRAN- 200 (3)


Cara Beramal

1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X

*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.

4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang

a) Istighfar 3 x
Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x

Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu

Wassalam
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-3-2006 12:07 PM |All posts
very useful..
Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 4-4-2006 03:08 PM |All posts

doa akashah: sapa tau berkenaan doa ni?

Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak sesap kat sini yg tau pasal doa akashah? Saya penah dengar tapi doa nye camne. apa fadilatnye? kalo ada sesap yg tau, harap dapat kongsikan dengan saya.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 4-4-2006 03:17 PM |All posts
rasa topik ni dah ade dulu... try belek² page belakang
70 Characters Limited
Unsupport Customize Discuz! Code
Reply

Props Report

12345678910Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-4-2014 02:21 PM , Processed in 0.153586 second(s), 35 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top