cikieda posted on 19-1-2011 08:00 PM

Tiz Zaqyah Nafi Tinggal Serumah Dengan Remy Ishak

http://photo.murai.com.my/1192011_tizremyrumah(a).jpg




Baru sahaja menginjak populariti, nama aktres Tiz Zaqyah tidak henti diselubungi kisah kontroversi. Satu per satu kisah kurang enak mengenainya diperkatakan bermula dengan kisah cintanya bersama aktor Remy Ishak, diikuti kisah dicop sebagai penganggu cinta Fasha dan kekasihnya Jejai, dan selepas itu gosip menagih cinta anak golongan kenamaan (VVIP) pula kedengaran.

Belum pun surut segala kisah tersebut, nama Tiz kembali menjadi tumpuan apabila kisah cintanya bersama Remy dibangkitkan semula. Keintiman mereka semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula.

Menafikan perkara tersebut jelas aktres berusia 22 tahun itu, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

"Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi.

Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini.

"Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya," jelasnya lagi.

Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, wanita berbintang Scorpio ini menjelaskan cinta masih belum bertamu dalam dirinya sementelah dia masih lagi muda dan banyak lagi perkara perlu difokuskan.

"Fokus saya kini hanya untuk kerjaya. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memperkembangkan kerjaya dan diri saya. Saya masih muda dan belum terfikir ke arah cinta.Biarlah masa dan waktu menentukannya," katanya mengakhiri perbualan.

marumaru posted on 19-1-2011 08:14 PM

Tiz nampak kurus...makin cantik...:loveliness:

magnus posted on 19-1-2011 08:18 PM

aku tak ske tiz dah mula tunjuk lurah nenen.....di public:lol:

ini_aku_la posted on 19-1-2011 08:26 PM

calling for mek sam 2x..:lol:

ni criter baru ke? ingatkan dh qatam dh kisah TZ ngan RI nih..

awek_amir posted on 19-1-2011 08:29 PM

laa..dia kapel ngan remy kerr

minah_selekeh posted on 19-1-2011 08:36 PM

Dah kurus sikit la Tiz ni...

babyorange posted on 19-1-2011 08:45 PM

btol ke drg ni tggl seumah?

meesiput posted on 19-1-2011 08:48 PM

dah takde rumah ke masing2 duduk serumah ni??

Imel posted on 19-1-2011 08:51 PM

if ada mane buktinya ;P

Mleeen82 posted on 19-1-2011 08:56 PM

{:2_76:} padan x diorg ni?

maxim posted on 19-1-2011 08:58 PM

btol ke drg ni tggl seumah?
babyorange Post at 19-1-2011 20:45 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

ko reti baca ke tak :lol:

beta_carotene posted on 19-1-2011 09:02 PM

dejavu ke pe nih..
aku penah termimpi headline newspaper, dua nih kena tangkap kalwat gitu..

kalo btol, hrp bertaubat la korg.. nanti jd kenyataan plak mimpi aku tu nnt T_T

doubleA posted on 19-1-2011 09:09 PM

sape yg mula2 ckp diorang dok serumah ni? :curse:
mek sam (2x) ..seru mek sam jugak :$

mea posted on 19-1-2011 09:11 PM

1Malaysia 1Rumah....vlehhh:lol:

ladyxez posted on 19-1-2011 09:13 PM

aku tak cayo

Nichelena posted on 19-1-2011 09:15 PM

calling for mek sam 2x..

ni criter baru ke? ingatkan dh qatam dh kisah TZ ngan RI nih..
ini_aku_la Post at 19-1-2011 20:26 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku pun baru nak laung2 mek sam...ekekeke. makan hati berulam jantung laa mek sam kali nih. ;P

cheton posted on 19-1-2011 09:20 PM

Reply 14# mea


    wakakaka semua nak serba 1 ke:lol:

jellyjelly posted on 19-1-2011 09:25 PM

cantiknya TZ ni.
aku tak percaya la. ini semestinya fitnah. biasanya wartwn suka suki je nak reka2 crita kan.

babyorange posted on 19-1-2011 09:30 PM

ko reti baca ke tak
maxim Post at 19-1-2011 20:58 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

amboi.....cantek nye bhs.

ala, artis...mmg ler die nafikan. takkan ler die nk ngaku kot. sbb tu le aku tny btol ke? mne tau ade yg tau drg ni mmg btol2 tggl seumah ke. klo tny kt tizz,remy atau artis2 lain......mmg mati idop balik pon drg tak ngaku. yg ngandung sblm kawen pon x ngaku, yg gugurkn bayi pon x ngaku......

mst la ade sbb/crite dsblknye....klo x, xkn la ttbe kuar statement drg tggl seumah. ak tny sbb ak nk tau kebenarannye, mmg btol2 tggl seumah ke.

bknnye ak ni bodoh xreti nk baca ye, cik maxim yg bijak.....:)

gekgucekgi posted on 19-1-2011 09:36 PM

calling for mek sam 2x..

ni criter baru ke? ingatkan dh qatam dh kisah TZ ngan RI nih..
ini_aku_la Post at 19-1-2011 20:26 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   
meksam!!! betabahlah sayam;P

gekgucekgi posted on 19-1-2011 09:39 PM

sape yg mula2 ckp diorang dok serumah ni?
mek sam (2x) ..seru mek sam jugak
doubleA Post at 19-1-2011 21:09 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   
seb baek esok cuti..bleh meksam moyan puas2 kat rumah sensorang:lol:

xixin5230 posted on 19-1-2011 09:45 PM

cantiknyer tiz...kurus
aku tk caya..mesti piteenahh semata mata...

tomet05 posted on 19-1-2011 09:51 PM

lakkkk .. xkan nak tido serumah ..

cik_kiah posted on 19-1-2011 09:54 PM

jimat katanya:shutup:

cmf_yipun78 posted on 19-1-2011 09:57 PM

Lepas ni Tiz mesti dapat jadi spokeperson produk tersohor kan? :loveliness:
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full: Tiz Zaqyah Nafi Tinggal Serumah Dengan Remy Ishak